Fatwa Tentang Bilangan Jemaah Jumaat
KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-79/2026
14-15 APRIL 2026 / 25-26 SYAWAL 1447
Bil. 2/79 TAHUN 2026
FATWA TENTANG BILANGAN JEMAAH JUMAAT
Tiada dalil yang sahih dan sarih yang menetapkan jumlah bilangan jemaah minimum bagi sahnya Solat Jumaat seperti 2, 3, 4, 12, 40, 50 orang atau seumpamanya. Pendapat yang dipilih oleh Jawatankuasa Fatwa untuk sah Solat Jumaat ialah sekurang-kurangnya tiga orang lelaki yang diwajibkan Jumaat termasuk imam. Ini kerana pada bahasa Arab dan uruf jumlah 3 telah mencapai maksud bilangan jamak.
Pelaksanaan solat Jumaat pula disyaratkan di kawasan penempatan penduduk yang bermaksud mempunyai masyarakat yang hidup secara tetap di kawasan berkenaan. Di samping itu, keizinan ulil amri hendaklah diambil kira seperti yang telah difatwakan dalam fatwa Hukum Berbilang Jumaat Dalam Satu tempat Atau Kariah.
KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:
- Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
- Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
- Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Luthfi bin Mohammad Masruh
- Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha
DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 3 / 2026 pada 19 Mei 2026.







