Hukum Pelupusan Organ Atau Tisu Pesakit Di Hospital
KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-78/2026
9-10 FEBRUARI 2026 / 21-22 SYAABAN 1447
Bil. 1/78 TAHUN 2026
HUKUM PELUPUSAN ORGAN ATAU TISU PESAKIT DI HOSPITAL
Dalam keadaan biasa, pelupusan organ atau tisu manusia yang terpisah daripada tubuh seseorang dilakukan dengan cara ditanam. Ini seperti uri, tulang, telinga, organ dalaman dan seumpamanya. Para ulama menganggap menanam organ atau tisu yang terpisah dari tubuh badan manusia adalah satu penghormatan kepada manusia dan mengelakkan bahagian-bahagian tersebut membusuk atau menjadi punca penyebaran penyakit atau dimakan oleh haiwan yang bertentangan dengan kemuliaan insan serta menimbulkan keadaan yang sukar pada masyarakat.
Menanam bahagian-bahagian tersebut pada asalnya adalah digalakkan. Namun ia menjadi satu kewajipan jika boleh membawa kepada keadaan yang memberikan kemudaratan kepada yang masih hidup atau merendahkan kemuliaan insan.
Walau bagaimanapun, jika proses menanam tisu tersebut boleh membawa kepada kemudaratan atau pembaziran seperti tisu dan organ manusia yang diuruskan oleh hospital yang mengandungi unsur bahaya seperti formalin atau memerlukan kawasan yang begitu besar dan kos yang tinggi atau boleh menyebabkan ancaman kepada yang masih hidup seperti jika berlaku banjir dan seumpamanya, maka ia boleh dilupuskan dengan kaedah yang lebih selamat seperti pembakaran atau kaedah-kaedah lain yang bersesuaian.
KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:
- Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
- Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
- Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Luthfi bin Mohammad Masruh
- Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha
DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2 / 2026 pada 12 Mac 2026.







