Fatwa Perkahwinan Pasangan Bukan Islam Apabila Salah Seorang Daripada Mereka Memeluk Islam

Fatwa Perkahwinan Pasangan Bukan Islam Apabila Salah Seorang Daripada Mereka Memeluk Islam

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-78/2026

9-10 FEBRUARI 2026 / 21-22 SYAABAN 1447

Bil. 3/78 TAHUN 2026                             

FATWA PERKAHWINAN PASANGAN BUKAN ISLAM APABILA SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA MEMELUK ISLAM 

Jika seorang suami atau isteri memeluk Islam sedangkan pasangannya tidak memeluk islam, maka terdapat beberapa keadaan:

  1. Sekiranya pasangannya dalam kalangan mereka yang diharamkan berkahwin dengannya seperti saudara kandung, ibu atau saudara susuan dan selainnya, maka perkahwinan terbubar serta merta.
  1. Sekiranya yang memeluk Islam itu suami, sementara isterinya ahli kitab, maka perkahwinan boleh dikekalkan.
  1. Sekiranya yang memeluk Islam itu isteri atau suami yang isterinya bukan ahli kitab, maka perkahwinan belum terbubar sehingga tamat tempoh iddah. Jika dalam tempoh tersebut pasangannya memeluk Islam maka perkahwinan kekal sebagaimana asal tanpa memerlukan akad yang baru. Dalam tempoh tersebut Isteri hendaklah menghalang dari disetubuhi. Ini adalah pendapat jumhur (majoriti ulama) dan pandangan ini lebih berhati-hati.
  1. Sekiranya dalam keadaan tertentu yang memerlukan tempoh perkahwinan dipertahankan lebih lama untuk mengelakkan kemudaratan atau keadaan yang amat sukar bagi pasangan, maka perkahwinan boleh dikekalkan sehingga ke suatu tempoh yang baginya tiada lagi harapan pasangannya memeluk Islam.   

 KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  5. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  6. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  7. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
  8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  9. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
  10. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
  11. Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
  12. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
  13. Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
  14. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Luthfi bin Mohammad Masruh
  15. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2 / 2026 pada 12 Mac 2026.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 845
Semalam 1079
Minggu Ini 3299
Bulan Ini 10159

Keseluruhan 3581727

   Masa Capaian : 1.13 saat    Kemaskini :  03/4/2026