Kadar Fidyah Meninggalkan Puasa Ramadan Bagi Negeri Perlis

Kadar Fidyah Meninggalkan Puasa Ramadan  Bagi Negeri Perlis

logo

KEPUTUSAN MESYUARAT 

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-34/2018

6 Januari 2018 - 18 Rabiul Akhir 1439H

Bil. 1/34 Tahun 2018

 

KADAR FIDYAH MENINGGALKAN PUASA RAMADAN BAGI NEGERI PERLIS

 

1.   Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju bahawa tidak wajib menggandakan fidyah meskipun melibatkan langkauan tahun.

2.   Kadar semasa fidyah meninggalkan puasa di negeri Perlis yang dipersetujui adalah sebanyak RM 5.00 bagi satu hari puasa. Kadar tersebut berasaskan kepada satu hidangan makanan.

3.   Fidyah juga boleh ditunaikan dalam bentuk mengadakan jamuan kepada fakir miskin atau memberikan kepada mereka makanan keperluan secara terus dengan nilai yang dinyatakan.  

4.   Sesiapa yang secara sukarela hendak membayar melebihi kadar fidyah yang diwajibkan maka ia suatu amalan yang baik.

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil. 1/2018 pada 13 Januari 2018.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 348
Semalam 2389
Minggu Ini 2737
Bulan Ini 16696

Keseluruhan 3913406

   Masa Capaian : 1.37 saat    Kemaskini :  04/9/2026