FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Syurga Penawar Duka..

    Syurga Penawar Duka..

    Information
    21 September 2022
    Syurga Penawar Duka.. Jannah atau syurga merupakan khabar gembira dan pengubat dukacita insan terhadap apa sahaja kesakitan yang dilalui dalam kehidupan dunia ini. Segala derita dan keperitan dunia amatlah kerdil jika seseorang dapat memperolehi syurga. Betapa hebatnya keindahan dan kenikmatan yang maha agung yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNYA yang akan menghuni syurga. Apabila insan bangun setiap pagi di kesunyian malam yang akhir, membaca al-Quran dalam... Baca seterusnya

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-31/2017

6 Ogos 2017 bersamaan 13 Zulkaedah 1438H

Hukum Had Tempoh Pemberian Zakat Kepada Saudara Baharu

Tempoh had pemberian zakat kepada saudara baharu yang telah memeluk Islam tidak disebut di dalam nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Perkara ini terpulang kepada ijtihad ulil amri. Di sana terdapat riwayat yang sahih, Sayyidina Umar bin alKhattab RA memberhentikan pemberian zakat di bawah asnaf al-muallafah qulubuhum kepada golongan yang tidak lagi memerlukan ta’lif (menjinakkan jiwa) kepada Islam. Maka ukuran dalam masalah ini ialah keperluan kepada ta’lif iaitu menjinakkan jiwa kepada Islam dengan cara diberikan bahagian zakat kepadanya.

Setelah berbincang hal ini, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mencadangkan perkara-perkara berikut dalam penentuan tempoh pemberian zakat kepada saudara baharu:

1) Seseorang saudara baharu diberi tempoh selama 5 tahun setelah didaftarkan untuk disemak semula statusnya selepas memeluk Islam.

2) Selepas 5 tahun pihak pentadbiran (ulul amri) boleh memutuskan sama ada individu berkenaan masih berhak menerima peruntukan zakat di bawah asnaf almuallafah qulubuhum ataupun tidak.

3) Semakan itu hendaklah mengambil kira latar kefahaman agama, persekitaran yang mengelilinginya dan lain-lain faktor yang boleh dikaitkan dengan kekuatan pegangan agamanya.

4) Satu jawatankuasa khas yang mampu menimbang keperluan ta’lif untuk seseorang saudara baharu hendaklah diwujudkan.

Individu yang terkeluar dari peruntukan zakat al-muallafah qulubuhum berhak menerima peruntukan zakat dari bahagian lain seperti fakir-miskin, al-gharimin dan lain-lain sekiranya berkelayakan.