Gesaan Ejaan Jawi Diselaraskan Dengan Sebutan Arab

Gesaan Ejaan Jawi Diselaraskan Dengan Sebutan Arab
 
 

KENYATAAN

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-77/2025

1-2 DISEMBER 2025 / 10-11 JAMADIL AKHIR 1447

 
GESAAN EJAAN JAWI DISELARASKAN DENGAN SEBUTAN ARAB 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang bersidang pada 1 Disember 2025 telah sebulat suara mengeluarkan kenyataan berikut:
 

Adalah menjadi tradisi Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang menjadikan tulisan Jawi sebagai penulisan bagi minit mesyuarat sejak dari awal. Berikutan perubahan tulisan Jawi yang diperkenalkan mutakhir ini, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mencadangkan supaya tulisan Jawi dikembalikan kepada asas bahasa Arab terutama bagi perkataan yang memiliki unsur agama. Jawatankuasa berpendapat ejaan Jawi yang tidak selaras dengan bahasa Arab akan mengelirukan sebutan yang betul terhadap istilah-istilah agama dan tidak membantu menguatkan hubungan antara Jawi dan pengajian agama Islam yang selama ini menjadi tonggak galakan untuk dipelajari tulisan Jawi.

 

KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:

 

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  5. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman bin Mohd Noor
  6. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  7. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr Ahmad Wifaq bin Mokhtar
  8. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
  9. Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
  10. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
  11. Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
  12. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1759
Semalam 2930
Minggu Ini 16193
Bulan Ini 35798

Keseluruhan 3864452

   Masa Capaian : 1.05 saat    Kemaskini :  14/8/2026