FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Syurga Penawar Duka..

    Syurga Penawar Duka..

    Information
    21 September 2022
    Syurga Penawar Duka.. Jannah atau syurga merupakan khabar gembira dan pengubat dukacita insan terhadap apa sahaja kesakitan yang dilalui dalam kehidupan dunia ini. Segala derita dan keperitan dunia amatlah kerdil jika seseorang dapat memperolehi syurga. Betapa hebatnya keindahan dan kenikmatan yang maha agung yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNYA yang akan menghuni syurga. Apabila insan bangun setiap pagi di kesunyian malam yang akhir, membaca al-Quran dalam... Baca seterusnya

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-31/2017

6 Ogos 2017 bersamaan 13 Zulkaedah 1438H

Hukum Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Setelah berbincang, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju dengan keputusan seperti berikut:

1) Semua jenis skim KWSP wajib ditunaikan zakat dengan syarat pekerjaan asal pencarum adalah halal.

2) Dividen yang diberikan oleh pihak KWSP jika sekiranya ia daripada akaun simpanan syariah juga tertakluk kepada hukum zakat. Adapun dividen bagi akaun simpanan konvensional perlulah melalui proses pembersihan terlebih dahulu dan bakinya tertakluk kepada zakat.

Hendaklah seorang Muslim meletakkan wang simpanannya ke dalam akaun Simpanan Syariah KWSP. Jika dia telah melanggar arahan syarak dengan meletakkan wangnya ke dalam akaun tidak patuh syariah sedangkan dia memiliki pilihan, maka hendaklah dia bertaubat dan wang dividen berkenaan hendaklah dibersihkan. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mencadangkan kaedah pembersihan itu boleh dirujuk ke laman sesawang KWSP

http://secure.kwsp.gov.my/shariah/bm/faq.html