Bayaran Zakat Oleh Institusi Kewangan Bagi Pihak Pendeposit

Bayaran Zakat Oleh Institusi Kewangan Bagi Pihak Pendeposit

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-77/2025

1-2 DISEMBER 2025 / 10-11 JAMADIL AKHIR 1447

Bil. 1/77 TAHUN 2025

 

BAYARAN ZAKAT OLEH INSTITUSI KEWANGAN BAGI PIHAK PENDEPOSIT

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju bahawa pihak bank boleh mengeluarkan zakat bagi pihak pendeposit setelah mendapat persetujuan mereka. 
 
Bagi urusan pengeluaran zakat tersebut, kiraan haul untuk pendeposit bermula apabila cukup nisab setelah mendapat persetujuan (wakalah). Nilai terendah (yang masih lagi mencukupi nisab) dijadikan ukuran dalam kiraan kadar yang diwajibkan zakat setelah cukup haul.
 

Dalam masa yang sama, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis meminta pihak bank untuk mengingatkan pendeposit bahawa kewajipan zakat itu bukan hanya dikira wang dan emas yang disimpan di dalam satu bank sahaja, sebaliknya hendaklah digabungkan jumlah semua simpanan yang dimiliki oleh seseorang pembayar zakat.

KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  5. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  6. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  8. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
  9. Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
  10. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
  11. Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
  12. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6 / 2025 pada 4 Disember 2025.

 

                                                                                                                                                  

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 110
Semalam 1171
Minggu Ini 5806
Bulan Ini 7852

Keseluruhan 3617892

   Masa Capaian : 1.16 saat    Kemaskini :  08/5/2026