Editor Pentadbiran
Jumlah paparan: 5798
Hukum Pemberian Zakat Kepada Bukan Muslim
Editor Pentadbiran
Jumlah paparan: 5798
Editor Pentadbiran
Jumlah paparan: 5798
MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-26/2017
TARIKH: 3 Februari 2017 / 6 Jamadil Awwal 1438H.
HUKUM PEMBERIAN ZAKAT KEPADA BUKAN MUSLIM
|
Zakat kepada bukan muslim di bawah Asnaf ‘muallafah qulubuhum’ (golongan yang ingin diharmonikan sikap dan persepsi mereka terhadap Islam) boleh diberikan atas kemaslahatan yang ditentukan oleh Ulil Amri. Ini seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada golongan yang bukan muslim dari kalangan musyrikin dan pembesar-pembesar kaum seperti yang tercatat di dalam riwayat-riwayat sirah yang sahih.
|
Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil. 2/2017 pada 02 Mac 2017







