Hukum Menggunakan Wang Zakat Untuk Pembinaan Masjid

MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-30/2017

TARIKH: 5 Jun 2017 / 10 Ramadan 1438H

 

HUKUM MENGGUNAKAN WANG ZAKAT UNTUK

PEMBINAAN MASJID

 

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersepakat sebulat suara menyatakan bahawa wang zakat tidak boleh digunakan untuk pembinaan masjid melainkan dalam keadaan terdesak di mana tiada sumber lain melainkan wang zakat dan masjid berfungsi sebagai markaz dakwah kepada masyarakat seperti dalam keadaan umat Islam minoriti. Keizinan ini tertakluk setelah dilihat kepada keutamaan dalam asnaf-asnaf zakat. Pemerintah Muslim hendaklah memikul tanggungjawab dalam memastikan kecukupan masjid untuk umat Islam.

 

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil. 4/2017 pada 06 Jun 2017

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 2573
Semalam 2254
Minggu Ini 14077
Bulan Ini 33682

Keseluruhan 3862336

   Masa Capaian : 1.05 saat    Kemaskini :  14/8/2026