Hukum Memindahkan Mayat Dari Kubur Ke Kubur Yang Lain Di Atas Sesuatu Keperluan

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA

NEGERI PERLIS KALI KE-24 & 25/2016

20-21 Disember 2016

20-21 Rabiul Awwal 1438H

 

HUKUM MEMINDAHKAN MAYAT

DARI KUBUR KE KUBUR YANG LAIN

DI ATAS SESUATU KEPERLUAN

 

Bagi mayat dan kubur itu ada penghormatan yang telah ditetapkan oleh syarak. Mayat tidak boleh diperlakukan atau dipindahkan sewenang-wenangnya.

Hukum menggali atau memindahkan mayat daripada satu kubur ke kubur yang lain adalah diharuskan jika dikebumikan dalam keadaan yang menyanggahi hukum-hakam jenazah atau tidak diuruskan dengan sempurna. Demikian juga jika terdapat keperluan yang disahkan oleh pihak berkuasa agama negeri untuk digali atau dipindahkan.

Penentuan lokasi kubur orang Islam di Negeri Perlis hendaklah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri selaku ulil amri. Demikian juga pihak ulil amri boleh memindahkan kubur atas sesuatu kemaslahatan.

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil. 1/2017 pada 06 Januari 2017

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 769
Semalam 2166
Minggu Ini 2935
Bulan Ini 42933

Keseluruhan 3652973

   Masa Capaian : 0.90 saat    Kemaskini :  22/5/2026