Hukum Pembekuan Sel Sperma Dan Ovum Suami Isteri Untuk Tujuan Mendapatkan Zuriat

Hukum Pembekuan Sel Sperma Dan Ovum Suami Isteri Untuk Tujuan Mendapatkan Zuriat

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-74/2025

1-2 JULAI 2025 / 5-6 MUHARRAM 1447

Bil. 5/74 TAHUN 2025

                                                               

 HUKUM PEMBEKUAN SEL SPERMA DAN OVUM SUAMI ISTERI UNTUK TUJUAN MENDAPATKAN ZURIAT

Hukum pembekuan sel sperma dan ovum daripada individu, sama ada sebelum atau selepas berkahwin untuk dimasukkan ke dalam rahim isteri yang sah semasa tempoh perkahwinan dengan tujuan untuk mendapatkan zuriat adalah dibenarkan, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

i. Mendapat pengesahan pakar bahawa ia adalah cara yang berkesan untuk mendapatkan zuriat dan mempunyai keperluan untuk melakukannya.

ii. Proses persenyawaan dan kemasukan ke dalam rahim berlaku semasa dalam tempoh perkahwinan yang sah dan semasa hayat pasangan, bukan sebelum atau selepas tamat tempoh perkahwinan atau kematian.

iii.Kepastian yang yakin bahawa sperma dan ovum dari pasangan yang sah bukan sekadar sangkaan. Ini dilakukan dengan merujuk kepada proses kenal pasti yang sah.

iv. Setiap kali proses kemasukan sel gamet yang telah disenyawakan ke dalam rahim isteri hendaklah dengan persetujuan suami dan isteri.  

-TAMAT-

KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  5. Sahibul Fadhilah Dr. Hj. Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
  6. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  7. Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
  8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  9. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
  10. Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
  11. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
  12. Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
  13. Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
  14. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha

 DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4 / 2025 pada 15 Julai 2025.

 

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1119
Semalam 1250
Minggu Ini 5644
Bulan Ini 7690

Keseluruhan 3617730

   Masa Capaian : 0.98 saat    Kemaskini :  08/5/2026