Penentuan Maksud Quru’ (قروء) Bagi Tempoh Iddah

Penentuan Maksud Quru’ (قروء) Bagi Tempoh Iddah

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-74/2025

1-2 JULAI 2025 / 5-6 MUHARRAM 1447

Bil. 3/74 TAHUN 2025

                                                               

 PENENTUAN MAKSUD QURU’ (قروء) BAGI TEMPOH IDDAH

  1. Maksud perkataan quru’ (قروء) dalam al-Quran menimbulkan perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Kedua-dua pihak telah mendatangkan dalil.
  2. Pendapat yang menyatakan quru’ (قروء) itu haid atau suci, kedua-duanya adalah muktabar.
  3. Setelah menimbang kemaslahatan dalam konteks perlaksanaan hukum-hakam munakahat di negeri Perlis, Jawatankuasa Fatwa memutuskan perkataan quru’ (قروء) dalam perundangan Perlis bermaksud suci.
  4. Jika seseorang mentalakkan isterinya semasa suci sama ada secara sunnah (tidak menyetubuhi isterinya ketika suci tersebut) atau secara bid‘ie, (menyetubuhi isterinya semasa suci tersebut), maka talaknya jatuh.
  5. Kiraan bilangan suci itu bermula dari suci yang dia talakkan isterinya. Ini bererti tamatnya iddah dengan datangnya haid yang ketiga.
  6. Hendaklah seorang suami itu tahu bahawa hukum mentalakkan isteri semasa haid atau semasa suci tetapi dia telah menyetubuhinya adalah haram (berdosa).

-TAMAT-

KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  5. Sahibul Fadhilah Dr. Hj. Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
  6. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  7. Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
  8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  9. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
  10. Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
  11. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
  12. Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
  13. Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
  14. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4 / 2025 pada 15 Julai 2025.

 

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 612
Semalam 1210
Minggu Ini 4228
Bulan Ini 37920

Keseluruhan 3609488

   Masa Capaian : 1.04 saat    Kemaskini :  27/4/2026