Pemakluman Tentang Sumber Pengeluaran Fatwa

Pemakluman Tentang Sumber Pengeluaran Fatwa

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-74/2025

1-2 JULAI 2025 / 5-6 MUHARRAM 1447

Bil. 1/74 TAHUN 2025

                                                               

PEMAKLUMAN TENTANG SUMBER PENGELUARAN FATWA

Dalam menimbang untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpandukan dalil-dalil syar‘ie (الأدلة الشرعية) atau sumber-sumbernya (مصادر الأحكام الشرعية) seperti yang telah ditetapkan oleh para ulama muktabar. Dalil-dalil atau sumber-sumber tersebut menurut keutamaan seperti berikut;

  1. al Quran,
  2. al-Sunnah,
  3. al-Ijma’ dan
  4. al-Qiyas.

Di samping itu sumber-sumber yang diperselisihkan dalam kalangan ulama tetap menjadi pertimbangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis semasa proses pengeluaran fatwa seperti al-Istishab, ‘Amal Ahli Madinah, Qawl Sahabi, Syar‘u Man Qablana, al-Istihsan, al-Masalih al-Mursalah dan lain-lain.

Pemakluman ini mengatasi apa sahaja yang disebut sebelum ini yang memberikan maksud berbeza dari apa yang dinyatakan.

- TAMAT -

 KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  5. Sahibul Fadhilah Dr. Hj. Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
  6. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  8. Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
  9. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  10. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
  11. Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
  12. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
  13. Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
  14. Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
  15. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4 / 2025 pada 15 Julai 2025.

 

 

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 168
Semalam 3825
Minggu Ini 7507
Bulan Ini 18250

Keseluruhan 3628290

   Masa Capaian : 0.93 saat    Kemaskini :  11/5/2026