Status Khuluk Sama Ada Talak Atau Fasakh

Status Khuluk Sama Ada Talak Atau Fasakh

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-72/2025

24-25 FEBRUARI 2025 / 25-26 SYA’BAN 1446

Bil. 1/72 TAHUN 2025

                                                                    

STATUS KHULUK SAMA ADA TALAK ATAU FASAKH

Pembubaran perkahwinan melalui kaedah khuluk menimbulkan perbezaan pendapat dalam kalangan ulama, sama ada dihukum sebagai talak atau fasakh. Sebahagian negara telah meletakkan ia sebagai talak seperti Indonesia, Jordan dan Mesir. Sementara sebahagian lain seperti Saudi dan Qatar meletakkan ia sebagai fasakh.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis secara majoriti memutuskan;

Pembubaran perkahwinan melalui kaedah khuluk adalah dihukum sebagai fasakh. Ini bererti ia tidak termasuk dalam bilangan talak suami yang sebelum ini jika ada dan hanya perlu berada dalam tempoh iddah satu kali haid sahaja.

- TAMAT -

 

KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  5. Sahibul Fadhilah Dr. Hj. Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
  6. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  8. Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
  9. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
  10. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
  11. Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
  12. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2 / 2025 pada 20 Mac 2025.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 614
Semalam 1210
Minggu Ini 4230
Bulan Ini 37922

Keseluruhan 3609490

   Masa Capaian : 1.26 saat    Kemaskini :  27/4/2026