Hukum Pelaburan Wang Zakat Negeri Perlis

 

MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-18/2015

TARIKH: 22-23 April 2015 / 3-4 Rejab 1436H

 

HUKUM PELABURAN WANG ZAKAT NEGERI PERLIS

 

Hukum asal pelaburan zakat tidak diharuskan. Bagaimanapun, sekiranya agihan zakat telah dibuat dengan sebaiknya kepada semua asnaf yang berhak memilikinya, dan didapati masih ada lebihan, maka adalah harus harta zakat tersebut dilaburkan atas maslahah yang kembali kepada asnaf zakat dengan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:

  1. Pelaburan hendaklah yang disahkan patuh syari’ah oleh badan pengawasan syari’ah yang berotoriti.
  2. Pelaburan hendaklah berisiko rendah dan sederhana dari institusi kewangan yang diiktiraf oleh pihak berkuasa.
  3. Pelaburan berisiko tinggi boleh dibuat dengan mendapat jaminan khas dari pihak yang berotoriti serta distruktur secara patuh syari’ah.
  4. MAIPs merupakan pihak yang melulus dan menjamin setiap pelaburan.

 Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 3/2015 pada 26 April 2015. 

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1682
Semalam 1740
Minggu Ini 1682
Bulan Ini 26846

Keseluruhan 3636886

   Masa Capaian : 0.97 saat    Kemaskini :  15/5/2026