• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Nikmat Allah

Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang.
Lebih besar daripada itu; iman, Islam, taufiq dan hidayah untuk mengamalkan titah perintah ALLAH, kemanisan ibadah, khusyuk dan bahagia dalam jiwa dengan mendekatkan diri kepadaNYA, nikmat bermunajat kepadaNYA, nikmat zikir, doa, tahajud dan amalan solih yang lain. Semua itu tidak terbanding kelazatannya apabila ia menginap dalam jiwa insan. Hanya yang mengalami akan memahami.
Maka, janganlah insan melihat nikmat ALLAH dengan mata yang sempit, tapi kecapi dan bersyukurlah dengan melihat dari pintu nurani yang dalam.
-Dr MAZA
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 29
Semalam 691
Minggu Ini 3033
Bulan Ini 15854

Keseluruhan 3179008

   Masa Capaian : 0.76 saat    Kemaskini :  16/4/2025