• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Pembahagian Harta Pusaka Simati Meninggalkan Seorang Kakak Dan Dua Cucu Lelaki Dari Anak Lelaki

 

 

 

 

faraid.png

 

Pembahagian Harta Pusaka Simati Meninggalkan Seorang Kakak Dan Dua Cucu Lelaki Dari Anak Lelaki

 

Soalan:

Seorang meninggal dunia, yang tinggal hanya dua orang cucu lelaki dari anak lelaki yang telah meninggal dunia dahulu darinya dan kakak seibu sebapa. Bagaimana nak bagi harta pusaka ustaz?

Jawapan:

Anda dinasihat merujuk persoalan faraid di mahkamah syariah negeri untuk dapat dikenal pasti mungkin ada waris yang tidak dinyatakan atau terlepas pandang. Namun jika sememang waris yang ada hanya seperti yang dinyatakan dalam soalan, iaitulah;

[1] Dua orang cucu lelaki dari anak lelaki

[2] Kakak seibu-sebapa,

Maka semua hartanya diwarisi oleh dua orang cucu lelakinya sebagai asabah kepada simati. Dibahagikan secara sama-rata antara mereka berdua.

Kakak simati terhalang dari mewarisi sebarang harta simati kerana keberadaan cucu lelaki simati dari anak lelaki dimati. Dalam kaedah pewarisan dinyatakan:

أن الفرع الوارث الذكر يحجب الحواشى جميعاً حجب حرمان

Maksudnya: “Bahawa furu’ waris lelaki (anak lelaki, cucu lelaki dari anak lelaki dan ke bawah) menghalang hawashi seluruhnya dengan halangan hirman (tidak mendapat sebarang bahagian pewarisan).”

Dimaksudkan dengan hawashi di sini ialah adik-beradik lelaki dan anak-anak mereka, adik-beradik perempuan, bapa saudara sebelah bapa dan anak-anak mereka. Dalam hadis Ibn ‘Abbas RA yang diriwayatkan al-Imam al-Bukhari, Nabi SAW bersabda:

أَلْحِقُوا الْفَرَائِضَ بِأَهْلِهَا فَمَا بَقِيَ فَلِأَوْلَى رَجُلٍ ذَكَرٍ

Maksudnya: “Berikan harta faraid itu kepada yang berhak menurut pembahagiannya. Apa-apa yang berbaki, diberikan kepada lelaki terdekat dalam keluarga.”

Al-Nawawi RH dalam Syarh Sahih Muslim 11/53 menyebut:

قَالَ الْعُلَمَاء: الْمُرَاد بِأَوْلَى رَجُل: أَقْرَب رَجُل، مَأْخُوذ مِنْ الْوَلْي بِإِسْكَانِ اللَّام عَلَى وَزْن الرَّمْي، وَهُوَ الْقُرْب، وَلَيْسَ الْمُرَاد بِأَوْلَى هُنَا أَحَقَّ

Maksudnya: “Kata para ulama: dimaksudkan dengan Awla rajulin ialah adik beradik lelaki terdekat. Kalimah Awla diambil al-Waly (الْوَلْيُ) dengan sukun huruf “Lam” menurut timbangan al-Ramyu. Ia bermaksud dekat, bukan memaksudkan yang lebih berhak.”

Dalam al-Syarh al-Kabir 6/494 dinyatakan:

أما حجب الأخوة، فهم يسقطون بالولد الذكر واحدًا أو أكثر سواء أكان الأخوة أشقاء أم لأب أم لأم ذكورًا كانوا أم إناثًا واحدًا أم متعددًا. وولد الابن الذكر كالولد في حجب الأخوة سواء أكان ابن الابن واحدًا أم أكثر.

Maksudnya: “Adapun halangan adik-beradik, mereka gugur dengan sebab keberadaan seorang anak lelaki (kepada simati) atau lebih. Sama ada adik beradik itu seibu-sebapa atau sebapa atau seibu, sama ada adik beradik itu lelaki ataupun perempuan, seorang atau lebih. (Demikian juga) cucu lelaki dari anak lelaki adalah sama seperti anak lelaki pada peranannya menghalang adik beradik sama ada cucuk lelaki dari anak lelaki itu seorang atau lebih.”

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 180
Semalam 366
Minggu Ini 1737
Bulan Ini 2428

Keseluruhan 3127195

   Masa Capaian : 0.82 saat    Kemaskini :  03/2/2025