Pengenalan

Pengenalan ISNAD

       Institut Sunnah & Irsyad (ISNAD) merupakan suatu unit yang melaksanakan program-program keagamaan di negeri Perlis. Program-program yang dianjurkan adalah tertumpu kepada jabatan-jabatan kerajaan negeri & persekutuan, institut pengajian tinggi awam dan swasta, program kewanitaan dan kemasyarakatan. Bagi membekalkan kekuatan dalam tenaga kerja maka diwujudkan unit kecil di bawah ISNAD iaitu Mubaligh Jabatan Mufti perlis bagi menjayakan ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh pihak jabatan.

 

Pengenalan Mubaligh

       Mubaligh adalah suatu unit kecil bagi menjalankan aktiviti dakwah & penjelasan hukum yang melibatkan institusi-institusi kerajaan, badan berkanun, swasta dan bukan kerajaan di sekitar Negeri Perlis. Dengan kewujudan unit ini membolehkan aktiviti dakwah dan penjelasan hukum dapat disebarkan dengan lebih meluas dan sempurna kepada masyarakat pada pelbagai peringkat. Selain itu, Mubaligh juga dilantik sebagai jawatankuasa penyemak buku-buku yang dikeluarkan oleh Jabatan serta Ahli panel syariah Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 673
Semalam 1490
Minggu Ini 2163
Bulan Ini 39590

Keseluruhan 3457300

   Masa Capaian : 0.78 saat    Kemaskini :  27/1/2026