• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Para Makmum Mengaminkan Qunut Nazilah Imam

Soalan:

Assalamu‘alaikum warahmatullah kepada semua kakitangan Jabatan Mufti Perlis. Saya ada kemusykilan iaitulah; Sekarang ini imam membaca qunut nazilah dalam solat fardhu, soalan saya, ketika imam membaca qunut nazilah tersebut, apakah makmum perlu mengaminkan?

Jawapan:

Wa‘alaimussalam warahmatullah wabarakatuh. Semoga tuan yang bertanya sentiasa di dalam perlindungan Allah SWT.

Disunatkan makmum mengaminkan qunut nazilah yang dibaca oleh imam ketika solat. Hal ini berdasarkan hadis Ibn ‘Abbas RA yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah RH yang menceritakan Rasulullah SAW ketika melakukan qunut nazilah di dalam solat, Ibn ‘Abbas RA menyatakan:

وَيُؤَمِّنُ مَنْ خَلْفَه

Maksudnya: “Dan mereka yang berada di belakang baginda (makmum) mengaminkannya.” (potongan hadis riwayat Abu Daud bilangan 1443. Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam Zad al-Ma‘ad 1/280 menyatakan hadis ini sahih)

Hadis ini jelas menunjukkan para sahabat meng“amin”kan qunut yang dibaca oleh Nabi SAW.

Al-Nawawi RH dalam Minhaj al-Talibin menyatakan:  وَأَنَّهُ يُؤَمِّنُ الْمَأْمُوْمُ لِلدُّعَاء  maksudnya: “Dan bahawasanya, makmum mengaminkan doa (dari imam di dalam solat)” termasuk ketika imam membaca Qunut Nazilah.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 78
Semalam 658
Minggu Ini 2209
Bulan Ini 6108

Keseluruhan 3244985

   Masa Capaian : 0.92 saat    Kemaskini :  08/7/2025