• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Benarkah Orang Yang Tidak Cukup Solat Lima Waktu Amalannya Yang Lain Tidak Diterima?

download

 

Soalan:

Seseorang yang tak cukup lima waktu solat, segala kebaikan tak diterima langsung. Adakah betul atau tidak?

Jawapan:

Solat lima waktu termasuk ibadah fardhu yang mesti dilaksanakan oleh setiap muslim. Perbuatan tidak menunaikan solat lima waktu sehari semalam termasuk dalam dosa besar.

Ulama berbeza pandangan tentang hukum orang yang meninggalkan solat. Sebahagian ulama berpandangan sesiapa yang meninggalkan solat sama ada disebabkan malas atau membantah kewajipannya, maka ia dihukum kafir dan terlaksana ke atasnya semua hukum yang berkaitan murtad seperti tertalak isterinya, jika dia meninggal dunia, tidak perlu dimandikan jenazahnya dan tidak dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam, sembelihannya tidak boleh dimakan dan lain-lain. Inilah pandangan al-Imam Ahmad bin Hambal RH.

            Sementara itu, majoriti ulama membezakan antara orang yang meninggalkan solat kerana malas dengan orang yang meninggalkan solat kerana membantah hukumnya. Di mana orang yang meninggalkan solat kerana malas, dihukum sebagai fasiq (golongan derhaka dan ahli maksiat), manakala yang meninggalkan solat kerana membantah hukum solat, dihukum sebagai kafir. Inilah pandangan yang kuat alasanya. Dalam hadis Nabi SAW bersabda:

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ ، فَإِنْ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ قَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ : انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ فَيُكَمَّلَ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنْ الْفَرِيضَةِ ؟ ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ

Maksudnya: “Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang akan dihisab pada hari kiamat ialah solatnya. Jika baik solatnya, maka dia seorang yang berjaya dan beruntung. Jika rosak solatnya, maka dia seorang yang rugi. Jika dia ada sesuatu kekurangan dari amalan fardhunya, Allah akan berfirman: “Perhatikan, apakah hamba-Ku itu memiliki amalan sunat. Lalu amalan sunat itu menampung kekurangan dari perkara fardhu tersebut. Kemudian demikianlah dihisab amalan-amalannya yang lain.” (al-Tirmizi. Dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Tirmizi)

            Oleh kerana itu, dinasihatkan kepada penyoal, hendaklah segera bertaubat dan memastikan solat lima waktu ditunaikan sehari semalam. Sepertimana anda sanggup melakukan kebaikan sedekah dan lain-lain, maka anda sepatutnya lebih mengutamakan solat lima waktu kerana ia lebih utama dan lebih penting berbanding kebaikan yang lain.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1181
Semalam 982
Minggu Ini 3253
Bulan Ini 21149

Keseluruhan 3093442

   Masa Capaian : 0.82 saat    Kemaskini :  09/12/2024