• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Hukum Mengulangi Bacaan Mana-Mana Ayat Dari Surah Al-Fatihah Atau Mengulangi Bacaan Surah Al-Fatihah Dari Awal Ketika Di Dalam Solat

IRSYAD HUKUM SIRI 12

Hukum Mengulangi Bacaan Mana-Mana Ayat Dari Surah Al-Fatihah Atau Mengulangi Bacaan Surah Al-Fatihah Dari Awal Ketika Di Dalam Solat

Soalan:

Assalamu’alaikum Ustaz.

Saya ingin bertanya satu soalan. Apakah boleh saya mengulangi bacaan mana-mana ayat dari surah al-Fatihah atau mengulangi bacaan surah al-Fatihah dari awal ketika di dalam solat?

Jawapan:

  1. al-Fatihah termasuk dalam rukun solat yang wajib dibaca dengan betul tanpa kecacatan yang boleh mengubah makna.
  1. Wujud perbezaan pandangan di kalangan ulama berkaitan hukum mengulangi bacaan surah al-Fatihah atau mengulangi mana-mana ayat dari surah al-Fatihah dalam rakaat yang sama. Sebahagian ulama membenarkan perbuatan mengulangi bacaan surah al-Fatihah atau mana-mana ayatnya dalam rakaat yang samajika memiliki sebab yang dibenarkan, seperti timbul keraguan telah membacanya atau tidak, atau telah menuturnya dengan baik atau tidak. Demikian juga sebahagian ulama berpandangan tidak terputus muwalah(bersambungan) bacaan ayat-ayat surah al-Fatihah dengan mengulangi satu ayat daripadanya.

Dalam masa yang sama terdapat ulama lain yang berpandangan perbuatan mengulangi surah al-Fatihah dengan sengaja adalah haram dan ada pula yang berpandangan perbuatan itu boleh membatalkan solat. Demikian juga terdapat ulama yang mengatakan perbuatan sengaja mengulangi walau satu ayat dari surah al-Fatihah telah memutuskan muwalahketika membaca ayat-ayatnya.

  1. al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin RH ada memberi jalan pertengahan dalam permasalahan ini. Beliau menyatakan, makruh mengulangi surah al-Fatihah dua kali atau lebih. Sebabnya adalah kerana perbuatan seperti itu tidak pernah dinukilkan dari perbuatan Nabi SAW. Orang yang mengulangi bacaan al-Fatihah di dalam Solat dalam bentuk beribadat dengan mengulangi bacaan surah tersebut adalah satu perbuatan yang dibenci (makruh). Hal ini demikian kerana, jika perkara itu satu kebaikan sudah tentu Nabi SAW melakukannya.

Beliau di dalam kenyataan yang sama telah menyebutkan pengecualian jika seseorang mengulangi bacaan surah al-Fatihah bukan kerana bertujuan beribadat dengan pengulangan tersebut, sebaliknya disebabkan terlepas sesuatu sifat yang digalakkan pada surah al-Fatihah, maka pada penilaian Ibn ‘Uthaimin, perbuatan itu adalah harus. Contohnya seseorang mengulangi surah al-Fatihah kerana dia membacanya secara perlahan, sedangkan solat yang dilaksanakannya sunat dibaca jahar, sepertimana yang biasa berlaku kepada sebahagian para imam (solat) yang terlupa (solat jahar) namun dia membaca al-Fatihah secara perlahan. Maka dalam situasi begini tidak mengapa orang tersebut mengulangi bacaan surah al-Fatihah dari awal bagi memperolehapa yang terluput iaitulah disunatkan bacaan jahar. Demikian juga jika seseorang membaca surah al-Fatihahsecara lalai dan tidak khusu’, lalu dia mahu mengulanginya bersama khusu’, maka pengulangan seperti ini dibolehkan bagi memperolehsesuatu yang dikehendaki oleh syara’ iaitulah kehadiran jiwa dan hati (ketika membaca al-Fatihah).

Ibn ‘Uthaimin juga memberi peringatan kepada sebahagian pihak yang sering tertipu dengan perasaan was-was, di mana beliau menyatakan bagi golongan ini jika dibimbangi perbuatan itu boleh membuka pintu was-was kepadanya, maka jangan lakukan pengulangan surah al-Fatihah mahupun mana-mana ayatnya. Sebagai contoh seseorang yang membaca satu ayat dari surah al-Fatihah secara lalai, apabila sedar, dia segera mengulanginya, apabila dia lalai lagi, diulangi lagi kali kedua, ketiga dan keempat, sehingga mendorong dia melakukan sesuatu yang memberat-beratkan dirinya sendiri, bimbang dia akan terbeban dengan perkara tersebut. Mungkin kali pertama dia lupa satu ayat, kemudian pada bacaan kedua dia lalai pula pada dua atau tiga ayat dan akhirnya dia terbeban. (Lihat al-Syarh al-Mumti’: 3/331)

(Panduan hukum ini yang dijawab oleh Unit Buhuth Jabatan Mufti Negeri Perlis adalah bukan merupakan keputusan rasmi Fatwa Negeri Perlis)

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 66
Semalam 1090
Minggu Ini 1156
Bulan Ini 19052

Keseluruhan 3091345

   Masa Capaian : 0.81 saat    Kemaskini :  09/12/2024