• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Bolehkah Ucapan Salam (Assalamualaikum), Diucapkan Bukan Dalam Bahasa Arab Dan Menjawabnya Juga Bukan Dalam Bahasa Arab? Bolehkah Juga Zikir-Zikir Lain Diucapkan Dalam Bahasa Selain Arab?

 

salam.jpg

Soalan:

Bolehkah ucapan salam (Assalamualaikum), diucapkan bukan dalam bahasa Arab dan menjawabnya juga bukan dalam Bahasa Arab? Bolehkah juga zikir-zikir lain diucapkan dalam bahasa selain Arab?

Jawapan:

Salam dengan maksud tahiyyah (ucapan penghormatan) atau greeting tertunai dalam semua Bahasa. Ini kerana ucapan tahiyyah seperti selamat pagi, selamat malam, semuanya adalah ucapan tahiyyah yang mempunyai pahala. Ini berdasarkan firman Allah:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا

“Dan apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dengan yang seumpama dengannya.”

Namun salam yang menjadi perlambangan umat Islam atau merupakan syiar kesatuan dan identiti muslim, hendaklah dilakukan dalam Bahasa Arab. Disamping kesatuan, sighah itu juga telah ditunjukkan oleh Nabi SAW.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 534
Semalam 571
Minggu Ini 1887
Bulan Ini 10478

Keseluruhan 3249355

   Masa Capaian : 0.82 saat    Kemaskini :  16/7/2025