• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Duduk Ihtibak? Ada Orang Kata Haram Duduk Secara Ihtibak

 

ihtibak.jpg

 

 

Soalan:

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Duduk Ihtibak? Ada Orang Kata Haram Duduk Secara Ihtibak, betulkah ustaz?

Jawapan:

Terdapat hadis larangan duduk secara ihtiba’, diriwayatkan daripada Muaz bin Anas RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda: 

نَهَى عَنِ الحبْوَة يَوْمَ الجُمُعَةِ، وَالإِمَامُ يَخْطُبُ

“Baginda melarang duduk habwah pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud (1110) dan al-Tirmizi (514). Dinilai hasan oleh al-Albani dalam Sahih Abi Daud)

Tentang cara duduknya, disebut antaranya oleh Al-Khatib al-Syirbini RH dalam Mughniy al-Muhtaj 1/557 dengan katanya:

وَيُكْرَهُ الِاحْتِبَاءُ، وَهُوَ أَنْ يَجْمَعَ الرَّجُلُ ظَهْرَهُ وَسَاقَيْهِ بِثَوْبِهِ أَوْ يَدَيْهِ أَوْ غَيْرِهِمَا وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ لِلنَّهْيِ عَنْهُ، لِأَنَّهُ يَجْلِبُ النَّوْمَ فَيَمْنَعُهُ الِاسْتِمَاعَ

“Dan makruh hukumnya duduk ihtibā’, iaitu seseorang lelaki menghimpunkan (merapatkan) belakang dan kedua-dua betis kakinya dengan kain, atau tangannya, atau selain keduanya, ketika imam sedang berkhutbah, kerana terdapat larangan terhadapnya. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan mengantuk lalu menghalang daripada mendengar khutbah.”

Kenyataan ini menunjukkan sebab larangan duduk secara al-Ihtiba’ ketika mendenagar khutbah Jumaat, ialah kerana ia boleh menyebabkan seseorang mengantuk. Namun, jika dengan duduk secara ihtiba’ mendatangkan kecergahan, ia diharuskan pula, kerana ia bukan dilarang semata-mata kerana duduk tersebut, sebaliknya kesan yang diperolehi daripada duduk. Jika ia membawa kepada mengantuk, maka makruh, jika tidak membawa kepada mengantuk, ia diharuskan.

Dalam kitab Busyra al-Karim, dinyatakan:

(وَيُكْرَهُ: الاحْتِبَاءُ فِيْهَا)  -أي: الخُطْبَةَ- لِحَاضِرِهَا؛ لِمَا صَحَّ مِنْ النَّهْيِ عَنْهُ، وَلِأَنَّهُ يَجْلِبُ النَّوْمَ. قَالَ ابْنُ زِيَاد: وَلَوْ عَلِمَ مِنْ عَادَتِهِ إِنّ الاحْتِبَاء يَزِيْدُ فِيْ نَشَاطِهِ، فَلَا بَأْسَ بِهِ

(Dimakruhkan duduk ihtibā’ padanya) — iaitu ketika khutbah sedang berlangsung — bagi orang yang hadir khutbah, kerana terdapat hadis sahih yang melarangnya, dan kerana ia menyebabkan mengantuk. Ibn Ziyād berkata: Jika seseorang tahu bahawa kebiasaannya duduk ihtibā’ itu menambah kecergasannya, maka tidak mengapa melakukannya.

                Selain itu, duduk juga mempunyai kaitan dengan adab dan budaya sesuatu Masyarakat. Jika sesuatu cara duduk dianggap tidak sopan dan pelik, maka umat Islam dianjurkan supaya menjauhi cara duduk tersebut.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 516
Semalam 571
Minggu Ini 1869
Bulan Ini 10460

Keseluruhan 3249337

   Masa Capaian : 0.80 saat    Kemaskini :  16/7/2025