Soalan
Haruskah seorang wanita yang berada dalam tempoh ‘iddah untuk hadir ke majlis akad nikah anak saudaranya
Jawapan:
Harus seorang wanita yang berada dalam tempoh ‘iddah untuk hadir ke majlis akad nikah anak saudaranya di siang hari yang termasuk dalam kalangan ahli keluarga terdekatnya. Demikian juga harus dia hadir ke majlis resepsi anak saudaranya tersebut jika majlis yang dimaksudkan bebas dari perkara yang dilarang oleh syarak. Kehadirannya ke majlis tersebut juga dapat mengurangkan kesedihan yang dialaminya melalui sokongan keluarga dan sahabat handai. Ibn Qudamah dalam Al-Mughni 8/163 menyatakan:
وَلِلْمُعْتَدَّةِ الْخُرُوجُ فِي حَوَائِجِهَا نَهَارًا، سَوَاءٌ كَانَتْ مُطَلَّقَةً أَوْ مُتَوَفًّى عَنْهَا. لِمَا رَوَى «جَابِرٌ قَالَ طَلُقَتْ خَالَتِي ثَلَاثًا، فَخَرَجَتْ تَجُذُّ نَخْلَهَا، فَلَقِيَهَا رَجُلٌ، فَنَهَاهَا، فَذَكَرَتْ ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ ﷺ فَقَالَ اُخْرُجِي، فَجُذِّي نَخْلَك، لَعَلَّك أَنْ تَصَّدَّقِي مِنْهُ، أَوْ تَفْعَلِي خَيْرًا». رَوَاهُ النَّسَائِيّ، وَأَبُو دَاوُد. وَرَوَى مُجَاهِدٌ، قَالَ: «اُسْتُشْهِدَ رِجَالٌ يَوْمَ أُحُدٍ فَجَاءَتْ نِسَاؤُهُمْ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ وَقُلْنَ، يَا رَسُولَ اللَّهِ ﷺ نَسْتَوْحِشُ بِاللَّيْلِ، أَفَنَبِيتُ عِنْدَ إحْدَانَا، فَإِذَا أَصْبَحْنَا بَادَرْنَا إلَى بُيُوتِنَا؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: تَحَدَّثْنَ عِنْدَ إحْدَاكُنَّ، حَتَّى إذَا أَرَدْتُنَّ النَّوْمَ، فَلْتَؤُبْ كُلُّ وَاحِدَةٍ إلَى بَيْتِهَا». وَلَيْسَ لَهَا الْمَبِيتُ فِي غَيْرِ بَيْتِهَا، وَلَا الْخُرُوجُ لَيْلًا، إلَّا لِضَرُورَةٍ؛ لِأَنَّ اللَّيْلَ مَظِنَّةُ الْفَسَادِ، بِخِلَافِ النَّهَارِ، فَإِنَّهُ مَظِنَّةُ قَضَاءِ الْحَوَائِج وَالْمَعَاشِ، وَشِرَاءِ مَا يُحْتَاجُ إلَيْهِ
Maksudnya: "Bagi wanita yang dalam ‘iddah boleh keluar untuk beberapa keperluannya pada siang hari, sama ada dia ditalak atau suaminya meninggal dunia. Ini berdasarkan hadis Jabir yang berkata: “Ibu saudaraku ditalak tiga kali, lalu dia keluar untuk memetik kurmanya. Seorang lelaki menegahnya, maka dia mengadu hal itu kepada Nabi ﷺ. Lalu baginda bersabda: “Keluarlah dan petiklah kurmamu, mudah-mudahan kamu dapat bersedekah daripadanya atau melakukan suatu kebaikan.” Diriwayatkan oleh An-Nasa’i dan Abu Dawud. Mujahid pula meriwayatkan: “Telah gugur syahid beberapa orang lelaki pada hari Perang Uhud. Maka isteri-isteri mereka datang kepada Rasulullah ﷺ dan berkata: “Wahai Rasulullah ﷺ, kami berasa sunyi pada waktu malam. Bolehkah kami bermalam di rumah salah seorang daripada kami, kemudian apabila menjelang pagi kami segera pulang ke rumah masing-masing?” Maka Rasulullah ﷺ bersabda: “Berbincanglah di rumah salah seorang daripada kamu, tetapi apabila kamu hendak tidur, hendaklah setiap seorang pulang ke rumahnya sendiri.” Tidak boleh bagi wanita dalam ‘iddah untuk bermalam selain dari rumahnya sendiri, serta tidak boleh keluar pada waktu malam kecuali dalam keadaan darurat. Ini kerana malam adalah waktu yang berpotensi membawa kerosakan, berbeza dengan siang yang merupakan waktu untuk menunaikan beberapa keperluan, mendapatkan bekalan kehidupan, dan membeli barang keperluan.”
Riwayat daripada Mujahid yang disertakan oleh Ibn Qudamah di atas, sekalipun mursal, namun ia memiliki kekuatannya berdasarkan penilaian Ibn al-Qayyim dalam Zad al-Ma‘ad 5/615 dengan katanya:
وَهَذَا وَإِنْ كَانَ مُرْسَلًا فَالظَّاهِرُ أَنَّ مجاهدا إِمَّا أَنْ يَكُونَ سَمِعَهُ مِنْ تَابِعِيٍّ ثِقَةٍ، أَوْ مِنْ صَحَابِيٍّ، وَالتَّابِعُونَ لَمْ يَكُنِ الْكَذِبُ مَعْرُوفًا فِيهِمْ وَهُمْ ثَانِي الْقُرُونِ الْمُفَضَّلَةِ، وَقَدْ شَاهَدُوا أَصْحَابَ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ وَأَخَذُوا الْعِلْمَ عَنْهُمْ وَهُمْ خَيْرُ الْأُمَّةِ بَعْدَهُمْ، فَلَا يُظَنُّ بِهِمُ الْكَذِبُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ ﷺ، وَلَا الرِّوَايَةُ عَنِ الْكَذَّابِينَ، وَلَا سِيَّمَا الْعَالِمُ مِنْهُمْ إِذَا جَزَمَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ ﷺ بِالرِّوَايَةِ وَشَهِدَ لَهُ بِالْحَدِيثِ فَقَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ وَفَعَلَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ وَأَمَرَ وَنَهَى فَيَبْعُدُ كُلُّ الْبُعْدِ أَنْ يُقْدِمَ عَلَى ذَلِكَ مَعَ كَوْنِ الْوَاسِطَةِ بَيْنَهُ وَبَيْنَ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ كَذَّابًا، أَوْ مَجْهُولًا، وَهَذَا بِخِلَافِ مَرَاسِيلِ مَنْ بَعْدَهُمْ، فَكُلَّمَا تَأَخَّرَتِ الْقُرُونُ سَاءَ الظَّنُّ بِالْمَرَاسِيلِ وَلَمْ يُشْهَدْ بِهَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ ﷺ، وَبِالْجُمْلَةِ فَلَيْسَ الِاعْتِمَادُ عَلَى هَذَا الْمُرْسَلِ وَحْدَهُ وَبِاللَّهِ التَّوْفِيقُ
Hadis ini, walaupun ia merupakan hadis mursal, yang zahirnya ialah sama ada Mujahid mendengarnya daripada seorang tabi'in yang thiqah (dipercayai) atau daripada seorang sahabat. Golongan tabi'in tidak dikenali sebagai pembohong, malah mereka adalah generasi kedua yang paling utama. Mereka telah melihat para sahabat Rasulullah ﷺ, mengambil ilmu daripada mereka, dan mereka adalah sebaik-baik umat selepas para sahabat. Oleh itu, tidak mungkin mereka berdusta atas nama Rasulullah ﷺ atau meriwayatkan hadis daripada pendusta. Terutamanya jika seorang alim dalam kalangan mereka meriwayatkan sesuatu secara pasti daripada Rasulullah ﷺ, dan disokong dengan hadis, lalu berkata: “Rasulullah ﷺ bersabda", "Rasulullah ﷺ melakukan", "Rasulullah ﷺ memerintah" atau "Rasulullah ﷺ melarang", maka amat mustahil bagi mereka untuk melakukan demikian sedangkan perawi yang menjadi perantaraan antara mereka dan Rasulullah ﷺ adalah seorang pendusta atau tidak dikenali. Ini berbeza dengan hadis-hadis mursal selepas zaman mereka. Semakin jauh generasi daripada zaman Rasulullah ﷺ, semakin buruk sangkaan terhadap hadis-hadis mursal, dan ia tidak boleh dijadikan hujah yang kuat daripada Rasulullah ﷺ. Kesimpulannya, sandaran utama bukanlah hanya pada hadis mursal ini semata-mata. Wa billahi al-Taufiq.”
Kata al-Imam al-Nawawi RH dalam dalam Syarh Sahih Muslim 10/108:
فِيهِ حَدِيثُ جَابِرٍ (قَالَ طُلِّقَتْ خَالَتِي فَأَرَادَتْ أَنْ تَجُدَّ نَخْلَهَا فَزَجَرَهَا رَجُلٌ أَنْ تَخْرُجَ فَأَتَتِ النَّبِيَّ ﷺ فَقَالَ بَلَى فَجُدِّي نَخْلَكِ فَإِنَّكِ عَسَى أَنْ تَصَدَّقِي أَوْ تَفْعَلِي مَعْرُوفًا) هَذَا الْحَدِيثُ دَلِيلٌ لِخُرُوجِ الْمُعْتَدَّةِ الْبَائِنِ لِلْحَاجَةِ وَمَذْهَبُ مَالِكٍ وَالثَّوْرِيِّ وَاللَّيْثِ وَالشَّافِعِيِّ وَأَحْمَدَ وَآخَرِينَ جَوَازُ خُرُوجِهَا فِي النَّهَارِ لِلْحَاجَةِ وَكَذَلِكَ عِنْدَ هَؤُلَاءِ يَجُوزُ لَهَا الْخُرُوجُ في عدة الوفاة ووافقهم أبو أَبُو حَنِيفَةَ فِي عِدَّةِ الْوَفَاةِ وَقَالَ فِي الْبَائِنِ لَا تَخْرُجُ لَيْلًا وَلَا نَهَارًا وَفِيهِ اسْتِحْبَابُ الصَّدَقَةِ مِنَ التَّمْرِ عِنْدَ جُدَادِهِ وَالْهَدِيَّةِ وَاسْتِحْبَابُ التَّعْرِيضِ لِصَاحِبِ التَّمْرِ بِفِعْلِ ذَلِكَ وَتَذْكِيرُ الْمَعْرُوفِ وَالْبِرِّ وَاللَّهُ تَعَالَى أَعْلَمُ
Hadis Jabir (ra): “Ibu saudaraku ditalak tiga kali, lalu dia keluar untuk memetik kurmanya. Seorang lelaki menegahnya, maka dia mengadu kepada Nabi ﷺ. Lalu baginda bersabda: “Bahkan petiklah kurmamu, mudah-mudahan kamu dapat bersedekah daripadanya atau melakukan suatu kebaikan darinya.” Hadis ini menjadi dalil boleh seorang wanita yang sedang dalam iddah talak bain (talak yang tidak boleh dirujuk) keluar untuk keperluan atau hajat. Mazhab Malik, al-Thauri, al-Layth, al-Syafi'i, Ahmad, dan lain-lain adalah harus wanita tersebut keluar pada siang hari kerana keperluan atau hajat. Mereka juga membolehkan wanita yang dalam iddah kematian suami keluar pada siang hari kerana ada keperluan. Pendapat ini bertepatan dengan pendapat Imam Abu Hanifah pada iddah wanita kematian suami. (Namun) Beliau (Abu Hanifah) melarang wanita dalam iddah talak bain keluar pada malam hari atau siang hari…”
Selain itu, wanita yang berada dalam tempoh iddah kematian suami juga hendaklah mematuhi perkara berikut:
[1] Tidak memakai pakaian yang dianggap sebagai pakaian perhiasan atau yang menarik perhatian.
[2] Tidak berhias dalam semua jenis perhiasan, sama ada emas, perak, berlian, mutiara, atau lain-lain, seperti rantai, gelang, cincin, atau anting-anting, sehingga tempoh ‘iddah berakhir.
[3] Tidak mengenakan wanigan sama ada dalam bentuk bakhur (kayu gaharu beraroma) atau minyak wangi. Melainkan untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.
[4] Tidak mengenakan sebarang jenis alat solek, termasuk celak atau sebarang bahan kecantikan lain.
[5] Tidak keluar dari rumah tanpa keperluan – Sekiranya terdapat urusan yang boleh dilakukan oleh orang lain bagi pihaknya tanpa perlu dia keluar rumah, maka hendaklah dia meminta bantuan orang lain untuk melakukannya.