• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Bolehkah Pemindahan Organ Mayat?

Bolehkah Pemindahan Organ Mayat?

Soalan: Bagaimanakah pemindahan organ yang diambil dari mayat? Tidakkah itu termasuk dalam tidak menghormati mayat?

Jawapan Mufti Perlis Dato' Dr MAZA:

1. Memang diakui bahawa Islam menyuruh kita menghormati mayat dengan tidak membuat apa-apa perkara yang menghina atau merosakkan jenazah. Antaranya sabda Nabi s.a.w:

كَسْرُ عَظْمِ الْمَيِّتِ كَكَسْرِهِ حَيًّا

 “Mematahkan tulang mayat seperti mematahkannya dalam keadaan dia hidup” (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dll. Sahih).

2. Pun begitu, para ulama sejak dahulu membolehkan untuk mayat dibelah atau dipatahkan jika membabitkan kepentingan nyata bagi mereka yang masih hidup. Ini disebut dalam hampir semua mazhab. Antara isu yang mereka sebut sejak dahulu ialah keharusan membelah perut mayat jika dalamnya ada harta orang lain atau janin yang masih hidup. Contohnya, dalam Mazhab al-Syafii, al-Imam Abu Ishaq al-Syirazi (meninggal 476H) menyebut: “Jika mayat (semasa hidup) telah menelan permata milik orang lain, kemudian dia mati dan pemiliknya menuntut, maka dibelah perutnya dan dikembalikan permatanya...jika seorang wanita mati sedangkan dalam perutnya ada janin yang masih hidup maka dibelah perutnya” (al-Muhazzab, 2/452. Damsyik: Dar al-Qalam(. Ertinya, pembedahan mayat boleh jika membabitkan kemaslahatan yang jelas lebih besar.

4. Maka, memindahkan organ merupakan kaedah perubatan yang terbukti. Ditambah lagi dengan darurat membolehkan perkara yang diharamkan. Pun begitu para ulama khilaf dalam hal ini. Ada yang mengharamkan dengan dalil-dalil mereka. Adapun kebanyakan badan fatwa seluruh dunia telah berfatwa membolehkan pemindahan organ orang mati kepada yang hidup, seperti mana mereka membolehkan daripada orang hidup kepada orang hidup dengan syarat-syaratnya.

5. Syarat-syaratnya utama ialah hal itu dilakukan kerana darurat ataupun keperluan yang mendesak yang menghampiri darurat. Ia pula dilakukan berdasarkan wasiat si mati. Proses itu hendaklah dilakukan oleh pakar agar tidak sia-sia kerana keizinan hal yang asalnya haram itu atas tujuan mengelakkan kerosakan yang lebih besar. Jika tidak pasti, maka tidak boleh dilakukan.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 405
Semalam 1090
Minggu Ini 1495
Bulan Ini 19391

Keseluruhan 3091684

   Masa Capaian : 0.87 saat    Kemaskini :  09/12/2024