• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Hukum Jual Beli Online: Beli Lain, Dapat Lain?

Hukum Jual Beli Online: Beli Lain, Dapat Lain?

Soalan: Kita beli suatu barang secara online tetapi dapat benda lain. Apakah hukum menggunakan barang tersebut kerana tidak sempat atau tidak pasti bagaimana untuk mengeposnya semula kepada pengirim?

Jawapan Datuk Mufti Perlis Dr MAZA:

Bagi menjawab persoalan di atas maka beberapa perkara mestilah difahami oleh pembeli;

1. Dalam konteks transaksi dalam talian (online), syarak membolehkan beberapa jenis hak memilih bagi pembeli atau penyewa sama ada untuk meneruskan akad, membatalkan atau meminda akad (khiyar) dengan syarat-syaratnya, iaitu hak memilih disebabkan kecacatan (Khiyar al-‘Aib), hak memilih disebabkan perbezaan spesifikasi (Khiyar Khalf al-Wasfi) dan hak memilih setelah melihat barang (Khiyar al-Ru’yah). Antara syarat-syarat tersebut, pembeli tidak menggunakan barang tersebut setelah mengetahui ada kecacatannya, atau perbezaan spesifikasi, atau perbezaan apabila dilihat dibandingkan apa yang zahir pada iklan. (sila rujuk: Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke - 47 / 2020)

2. Jika pembeli menggunakan barang yang dihantar, sama ada pembeli telah bersetuju menerima perbezaan sifat barang tersebut, ataupun dia menggunakan dengan tidak bermaksud untuk membelinya, pada kedua-dua keadaan itu pembeli mestilah membayar kembali harga barang tersebut. Jika yang pertama, dia membayar atas jual beli, adapun jika yang kedua dia membayar atas ganti rugi (doman).

3. Jika kesalahan penghantaran tersebut di pihak penjual, maka pihak penjual hendaklah menanggung kos penghantaran kembali. Pihak pembeli tidak wajib menanggung kos tersebut melainkan jika ada dalam perjanjian semasa akad. Jika penjual enggan menyediakan kos penghantaran, maka tidak wajib untuk pembeli menguruskan penghantaran.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 61
Semalam 1090
Minggu Ini 1151
Bulan Ini 19047

Keseluruhan 3091340

   Masa Capaian : 0.91 saat    Kemaskini :  09/12/2024