• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Benarkah Nabi s.a.w dan para sahabat berperang sambil berpuasa?

Benarkah Nabi s.a.w dan para sahabat berperang sambil berpuasa?

Soalan: Ramai penceramah ketika menerangkan semangat puasa mereka menyatakan bahawa lihatlah Nabi s.a.w dan para sahabat tetap berpuasa sekalipun dalam peperangan dan baginda menyuruh mereka berpuasa supaya mendapat pertolongan Allah. Benarkah demikian? –Amin KB

Jawapan: ya, soalan ini sering ditanya kepada saya kerana terdapat ramai penceramah yang menyebut begitu, kata mereka yang bertanya. Untuk menjawab soalan ini;

  1. Mari kita baca hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim daripada Abu Sa'id al-Khudri yang menceritakan tentang sejarah Fath Makkah (Pembukaan Kota Mekah) yang berlaku dalam Bulan Ramadan:

سَافَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى مَكَّةَ وَنَحْنُ صِيَامٌ، قَالَ: فَنَزَلْنَا مَنْزِلًا، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّكُمْ قَدْ دَنَوْتُمْ مِنْ عَدُوِّكُمْ، وَالْفِطْرُ أَقْوَى لَكُمْ» فَكَانَتْ رُخْصَةً، فَمِنَّا مَنْ صَامَ، وَمِنَّا مَنْ أَفْطَرَ، ثُمَّ نَزَلْنَا مَنْزِلًا آخَرَ، فَقَالَ: «إِنَّكُمْ مُصَبِّحُو عَدُوِّكُمْ، وَالْفِطْرُ أَقْوَى لَكُمْ، فَأَفْطِرُوا» وَكَانَتْ عَزْمَةً، فَأَفْطَرْنَا

“Kami bermusafir bersama Rasulullah s.a.w ke Mekah (untuk melakukan pembukaan Mekah) dalam keadaan berpuasa. Kami sampai di satu tempat lalu Rasulullah s.a.w bersabda: "Kamu semua sedang menghampiri musuh kamu sedangkan buka puasa itu lebih kuat untuk kamu". (Kata Abu Said al-Khudri) : “Maka itu satu kelonggaran (untuk terus berpuasa), maka dalam kalangan kami ada yang berpuasa dan ada yang berbuka. Kemudian kami sampai ke satu tempat yang lain lantas Rasulullah s.a.w bersabda: "Kamu sedang berhadapan dengan musuh kamu, buka puasa itu lebih kuat untuk kamu maka berbukalah". (Kata Abu Said al-Khudri): Maka itu satu (perintah) wajib maka kami pun berbuka.

  1. Dalam riwayat Jabir r.a:

إنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ إِلَى مَكَّةَ عَامَ الفَتْحِ، فَصَامَ حَتَّى بَلَغَ كُرَاعَ الغَمِيمِ، وَصَامَ النَّاسُ مَعَهُ، فَقِيلَ لَهُ: إِنَّ النَّاسَ قَدْ شَقَّ عَلَيْهِمُ الصِّيَامُ، وَإِنَّ النَّاسَ يَنْظُرُونَ فِيمَا فَعَلْتَ، فَدَعَا بِقَدَحٍ مِنْ مَاءٍ بَعْدَ العَصْرِ، فَشَرِبَ، وَالنَّاسُ يَنْظُرُونَ إِلَيْهِ، فَأَفْطَرَ بَعْضُهُمْ، وَصَامَ بَعْضُهُمْ، فَبَلَغَهُ أَنَّ نَاسًا صَامُوا، فَقَالَ: أُولَئِكَ العُصَاة

“Bahawa Rasulullah s.a.w keluar ke Mekah pada tahun pembukaan Mekah pada bulan Ramadan. Baginda berpuasa sehingga sampai Kura’ al-Ghamim. Orang ramai turut berpuasa. Lalu diberitahu kepada baginda: “Sesungguhnya puasa telah membebankan orang ramai, mereka sedang menunggu apa yang engkau akan lakukan”. Lalu selepas Asar, baginda meminta sebekas air dan meminumnya. Orang ramai masih menungguh. Ada yang berbuka, ada juga yang masih berpuasa. Apabila sampai berita kepada baginda bahawa ada orang yang masih berpuasa, baginda bersabda: “mereka itu derhaka” (Riwayat Muslim, al-Nasai, al-Tirmizi dll, lafaz ini lafaz al-Tirmizi).

  1. Ertinya dakwaan Nabi s.a.w menyuruh sahabat-sahabat berpuasa semasa perang adalah tidak benar. Para penceramah hendaklah berhati-hati ketika menyebut sesuatu fakta berhubung dengan Nabi s.a.w

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 759
Semalam 982
Minggu Ini 2831
Bulan Ini 20727

Keseluruhan 3093020

   Masa Capaian : 0.84 saat    Kemaskini :  09/12/2024