• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Istihalah Khinzir (Perubahan Sifat Bahan Yang Berasal Dari Khinzir)

 
ISU ISTIHALAH KHINZIR (PERUBAHAN SIFAT BAHAN YANG BERASAL DARI KHINZIR)
 
 
Soalan: Bolehkah Dr MAZA tolong rumuskan isu istihalah bahan-bahan yang asalnya haram terutama khinzir.  Harap berikan panduan umum kami rakyat awam?
 
Jawapan Dr MAZA:
 
Ya, seperti yang kita ketahui pandangan Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research), European Fiqh Council, dan Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain tidak mengharamkan istihalah khinzir yang terdapat dalam bahan perubatan, makanan dan gunaan yang lain, sementara Majma’ al-Fiqh al-Islamiy berpusat di Jedah pada keputusan tahun 1986 dan sebahagian pembesar ulama Arab Saudi pula mengharamkan gelatin khinzir yang terdapat dalam bahan perubatan dan makanan. Mungkin kita tertanya apakah pendirian yang wajar kita ambil?
 
Saya ingin rumuskan seperti berikut;
 
1. Pada asasnya, istihalah yang telah menukar sesuatu bahan najis kepada bahan yang lain seperti bangkai kepada abu, mayat menjadi tanah, arak kepada cuka, baja najis kepada pokok yang subur dan seumpamanya diiktiraf dalam Fekah Islam sejak dahulu. Cumanya, ada mazhab yang menyempitkan asas istihalah ini seperti Syafi’yyah dan Hanabilah (Hanbali). Ada pula yang meluaskannya seperti Hanafiyyah dan Zahiriyyah juga Malikiyyah. Tokoh-tokoh muhaqqiqin (penganalisis) seperti al-Imam Abu Bakr Ibn al-‘Arabi, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, al-Syaukani, Sadiq Hasan Khan dan lain-lain menyokong dan meneguhkan hujah bahawa proses istihalah boleh menukar najis kepada bahan yang bersih.
 
2. Antara dalil yang disebut oleh para fuqaha dalam hal istihalah ialah hadis Nabi s.a.w: 
نعم الإدامُ الخلُّ
“Sebaik-baik hidangan cuka” (Riwayat Muslim). 
 
Cuka berasal dari arak yang berubah secara istihalah. Ada pun hadis-hadis yang melarang menjadi arak itu cuka ditakwilkan sebagai larangan di peringkat awal pengharaman arak yang bertujuan menghapuskan habis-habisan termasuk memecahkan bekas-bekas arak. Padahal bekas-bekas masih boleh digunakan jika dibersihkan. Namun, itu pendekatan di peringkat awal pengharaman.
 
Demikian juga Nabi s.a.w menyebut kasturi: أطيبُ الطِّيبِ  “Sebaik-baik wangian” (Riwayat Muslim) sedangkan kasturi berasal dari darah kijang yang bertukar menjadi wangian. Bangkai dan darah diharamkan dalam al-Quran. Namun, kasturi yang berasal dari darah dibenarkan kerana bertukar sifat.
 
Di sana terdapat lagi dalil-dalil yang lain dari naqli (nas) dan aqli (lojik) yang dipakai dalam masalah ini.
 
3. Disebabkan umat Islam tidak menjadi pengeluar, kita asyik menjadi pengguna, maka bahan berasal khinzir tersebar begitu luas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia; makanan, perubatan, bahan kecantikan dan lain-lain. Kehidupan manusia, termasuk umat Islam terpaksa berkait dengan bahan-bahan yang berasal dari sumber bahan yang haram. Fatwa dalam hal ini sudah pasti diperlukan
 
4.  Maka, fatwa tentang hal ini dikeluarkan oleh ulama termasuk yang membabit isu istihalah. Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) yang mengizinkan bahan yang berasal haram tapi telah berubah melalui proses, begitu juga alcohol yang sedikit yang terdapat dalam makanan tertentu yang tiada kesan (istihlak). Berikut teks kesimpulan fatwa :
 
                           
Fatwa (34)
Q) The ingredients of some foods contain items which are denoted by the letter "E" and a string of numbers. We were told that this denotes items manufactured from Lard or Pork bone and marrow. If this is true, what is the Shari'a ruling on such foods?
 
A) The items which carry the letter "E" and a string of numbers are additives. Additives are more than 350 compounds, and could be either preservatives, colouring, flavourings, sweeteners, etc. These are divided into four groups according to their origin:
First: compounds of artificial chemical origin.
Second: compounds of vegetal origin
Third: compounds of animal origin
Fourth: compounds dissolved in Alcohol
 
The ruling on all these compounds is that they do not affect the status of these foods being Halal, due to the following:
The first and second groups are Halal because they originate from a permissible origin and no harm comes from using these items.
The third group is also Halal, because the animal origin does not remain the same during the process of manufacturing. In fact it is transformed radically from its original form to a new clean and pure form through a process called "chemical transformation". This transformation also affects the legal ruling on such ingredients.
Therefore, if the original form was unclean or Haram, the chemical transformation changed it to another ingredient which requires a new ruling. For instance, if alcohol changed and was transformed to vinegar, then it does not remain Haram, but carries a new ruling according to the nature of the new product, which is Halal.
As for the fourth group, these items are usually colourings and are normally used in extremely small quantities which dissolves in the final product form, which deems it an excused matter.
Therefore, any foods or drinks that contain any of these ingredients remains Halal and permissible for the Muslim's consumption. We must also remember that our religion is a religion of ease and that we have been forbidden from making matters inconvenient and hard. Moreover, searching and investigating into such matters is not what Allah (swt) or His Messenger (ppbuh) ordered us to do.
 
(terjemahannya) :
 
Fatwa (34) - Soalan: Bahan-bahan daripada sebahagian makanan mengandungi item yang ditandai huruf "E' dan nombor. Kami diberitahu item tersebut dihasilkan daripada lemak dan tulang babi.
 
Jika perkara ini betul, apakah hukum syariah terhadap makanan sedemikian?
 
A) Item bertanda huruf “E” dan rentetan nombor adalah bahan tambahan (additives) . Bahan tambahan ini mempunyai lebih 350 sebatian dan ia boleh jadi sebagai pengawet, pewarna, perasa dan pemanis.
 
Bahan tambahan ini dibahagikan kepada empat kumpulan berdasarkan sumbernya:
 
Pertama: Sebatian asal kimia tiruan
Kedua: Sebatian asal tanaman.
Ketiga: Sebatian asal haiwan
Keempat: Sebatian larutan dalam alkohol
 
Hukum pada semua sebatian ini adalah ia tidak menjejaskan status halal yang asal bagi makanan kerana perkara berikut:
 
Kumpulan pertama dan kedua adalah halal kerana ia berasal daripada bahan yang dibenarkan dan tidak membahayakan daripada menggunakan item tersebut.
 
Kumpulan ketiga juga halal, kerana keadaan asal haiwan tidak lagi kekal sama semasa proses pembuatan. Malah ia berubah secara radikal daripada bentuk asalnya kepada satu bentuk baru bersih dan tulen melalui proses yang dipanggil transformasi kimia. Transformasi ini juga memberi kesan hukum mengenai bahan tersebut.
 
Oleh itu, jikapun bentuk asal adalah najis atau haram, transformasi kimia telah merubahnya kepada satu lagi ramuan yang memerlukan ketetapan hukum baru. Contohnya, jika alkohol berubah dan telah bertukar kepada cuka, maka ia tidak kekal haram, tetapi membawa hukum baru mengikut sifat bahan hasilan yang baru tersebut, iaitu halal.
 
Bagi kumpulan keempat, item ini biasanya pewarna dan digunakan dalam kuantiti yang sangat sedikit, yang larut dalam bentuk produk akhir, yang dikira sebagai satu perkara dimaafkan.
 
Oleh itu, apa-apa makanan atau minuman yang mengandungi mana-mana bahan ini masih halal dan dibenarkan untuk kegunaan orang Islam. Kita juga perlu ingat bahawa agama kita adalah agama mudah dan kita telah dilarang daripada membuat perkara yang menyusahkan.
 
Lebih-lebih lagi, mencari dan menyiasat perkara itu bukanlah apa yang Allah S.W.T atau RasulNya memerintahkan kita untuk lakukan.
 
Anggota Majlis Fatwa Eropah terdiri dari mereka yang berikut;
 
1. Professor Yusuf Al-Qaradawi, President of ECFR (Egypt, Qatar)
2. Judge Sheikh Faisal Maulawi, Vice-President (Lebanon)
3. Sheikh Hussein Mohammed Halawa, General Secretary (Ireland)
4. Sheikh Dr. Ahmad Jaballah (France)
5. Sheikh Dr. Ahmed Ali Al-Imam (Sudan)
6. Sheikh Mufti Ismail Kashoulfi (UK)
7. Ustadh Ahmed Kadhem Al-Rawi (UK)
8. Sheikh Ounis Qurqah (France)
9. Sheikh Rashid Al-Ghanouchi (UK)
10. Sheikh Dr. Abdullah Ibn Bayya (Saudi Arabia)
11. Sheikh Abdul Raheem Al-Taweel (Spain)
12. Judge Sheikh Abdullah Ibn Ali Salem (Mauritania)
13. Sheikh Abdullah Ibn Yusuf Al-Judai, (UK)
14. Sheikh Abdul Majeed Al-Najjar
15. Sheikh Abdullah ibn Sulayman Al-Manee’ (Saudi Arabia)
16. Sheikh Dr. Abdul Sattar Abu Ghudda (Saudi Arabia)
17. Sheikh Dr. Ajeel Al-Nashmi (Kuwait)
18. Sheikh Al-Arabi Al-Bichri (France)
19. Sheikh Dr. Issam Al-Bashir (Sudan)
20. Sheikh Ali Qaradaghi (Qatar)
21. Sheikh Dr. Suhaib Hasan Ahmed (UK)
22. Sheikh Tahir Mahdi (France)
23. Sheikh Mahboub-ul-Rahman (Norway)
24. Sheikh Muhammed Taqi Othmani (Pakistan)
25. Sheikh Muhammed Siddique (Germany)
26. Sheikh Muhammed Ali Saleh Al-Mansour (UAE)
27. Sheikh Dr. Muhammed Al-Hawari (Germany)
28. Sheikh Mahumoud Mujahed (Belguim)
29. Sheikh Dr. Mustafa Ciric (Bosnia)
30. Sheikh Nihad Abdul Quddous Ciftci (Germany)
31. Sheikh Dr. Naser Ibn Abdullah Al-Mayman (Saudi Arabia)
32. Sheikh Yusf Ibram (Switzerland)
 
5. Walaupun para ulama bersetuju pada asasnya proses istihalah itu, mereka kadang-kala berkhilaf pendapat tentang apakah sesuatu proses tertentu itu benar-benar merubah sifat bahan-bahan najis itu ataupun tidak. Ada bahan yang diyakini telah berubah, ada yang diandaikan tidak. Dalam soal gelatin babi umpamanya, sarjana fekah masakini berfatwa berdasarkan kepada taklimat saintis kepada mereka. Kadang-kala berlaku khilaf. Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) tadi yang terdiri dari tokoh-tokoh Islam dari Arab dan ulama Islam yang menetap di Eropah, begitu juga European Fiqh Council dan beberapa orang tokoh ilmuwan Islam antarabangsa, mereka berpendapat telah berlaku istihalah yang sempurna. Sementara sebahagian ilmuwan pula menganggap proses istihalah bagi gelatin itu tidak sempurna. Maka, jadilah isu gelatin di sudut itu perkara yang syubhah.
 
6. Sesiapa yang mengelakkan sesuatu yang syubhat -sekalipun tidak sampai ke peringkat haram- merupakan perkara yang baik untuk diri dan agamanya. Namun, dia tidak boleh berkeras mengharamkan untuk umat Islam yang lain yang mempunyai pandangan yang berbeza. Dalam soal makan-minum, perubatan, pakaian, perhiasan, kebudayaan setiap pihak mesti mengakui keluasan fekah Islam dan mengiktiraf khilaf fekah yang berasaskan hujah. Tidak boleh hina-menghina dan bermusuhan dalam persoalan amalan peribadi yang seperti ini selagi semua pihak beramal atas dalil yang diyakininya.
 
7. Selagi, umat Islam mempunyai sumber yang pasti halal, mereka sepatutnya mengelakkan sumber yang syubhah. Di Malaysia umpamanya, gelatin halal wujud dan boleh didapati, maka memulaukan yang syubhat dapat menggalakkan industry halal.
 
8. Umat Islam hendaklah berusaha menjadi pengeluar, bukan sekadar pengguna. Kelemahan industri umat Islam adalah punca berluasan bahan yang syubhat dan juga mungkin haram.
 
 
 
 
 

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 59
Semalam 1090
Minggu Ini 1149
Bulan Ini 19045

Keseluruhan 3091338

   Masa Capaian : 0.83 saat    Kemaskini :  09/12/2024