KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-69/2024
14-15 OGOS 2024 / 9-10 SAFAR 1446
Bil. 5/69 TAHUN 2024
HUKUM MELAKUKAN AKTIVITI JUAL BELI DAN SEUMPAMANYA WAKTU JUMAAT
Apabila khatib menaiki mimbar dan azan Jumaat dilaungkan, haram berjual-beli atau melakukan kegiatan lain yang boleh menyibukkan atau melewatkan diri dari bersegera menghadiri Jumaat. Hukum ini terpakai sekalipun jika invididu yang wajib Jumaat itu meyakini kegiatannya itu tidak menghalang dia untuk hadir Jumaat.
Begitu juga haram kepada sesiapa yang tidak wajib Jumaat seperti wanita, kanak-kanak dan musafir melakukan akitivi jual-beli dan akad yang lain dengan mereka yang diketahuinya wajib Jumaat.
Untuk mengelakkan hal ini, pemerintah dicadangkan supaya menghentikan sementara aktiviti di semua premis perniagaan dan selainnya yang berada di sekitar tempat Jumaat bagi menghormati syiar Jumaat.
- TAMAT –
KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:
- Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
- Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
- Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
- Sahibul Fadhilah K.H Dr Zaitun bin Rasmin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
- Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha
DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5 / 2024 pada 13 September 2024.