• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Hukum Berkongsi Menyembelih Seekor Unta Atau Lembu Dengan Niat Yang Berbeza

Hukum Berkongsi Menyembelih Seekor Unta Atau Lembu Dengan Niat Yang Berbeza

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-68/2024

5-6 JUN 2024 / 27-28 ZULKAEDAH 1445

                                 Bil. 6/68                                        TAHUN 2024                                

 

HUKUM BERKONGSI MENYEMBELIH SEEKOR UNTA ATAU LEMBU DENGAN NIAT YANG BERBEZA

Seekor unta atau lembu yang disembelih untuk tujuan korban boleh dikongsi untuk tujuh orang. Tidak menjadi kesalahan jika terdapat perbezaan niat dalam kalangan tujuh orang tersebut seperti ada yang berniat akikah, dam, hadyu (sembelihan haji), nazar, untuk mendapatkan daging semata-mata atau lain-lain tujuan yang diharuskan oleh syarak. Adapun seekor kambing atau biri-biri hanya untuk satu bahagian sahaja. Ketua keluarga yang melakukan satu bahagian korban boleh berniat untuk dirinya dan keluarganya.

- TAMAT –

 

KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  5. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
  6. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  8. Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
  9. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  10. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
  11. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
  12. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ismail Lutfi Japakiya
  13. Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
  14. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha

DIPERAKUKAN  dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4 / 2024 pada 12 Julai 2024.

 

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 69
Semalam 581
Minggu Ini 69
Bulan Ini 8660

Keseluruhan 3247537

   Masa Capaian : 0.81 saat    Kemaskini :  11/7/2025