• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Hukum Memberikan Daging Korban Kepada Orang Bukan Islam

Hukum Memberikan Daging Korban Kepada Orang Bukan Islam

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-68/2024

5-6 JUN 2024 / 27-28 ZULKAEDAH 1445

                                    Bil. 5/68                            TAHUN 2024                                

 

HUKUM MEMBERIKAN DAGING KORBAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM

 

Daging Korban boleh diberikan kepada golongan bukan Islam yang tidak menzahirkan permusuhan terhadap Islam. Ia termasuk dalam muamalah baik yang dianjurkan terutamanya jika mereka dari kalangan ahli keluarga, jiran dan golongan miskin. Ini dengan mengambil kira keutamaan kepada kaum muslimin.

- TAMAT -

KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  5. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
  6. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  8. Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
  9. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  10. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
  11. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
  12. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ismail Lutfi Japakiya
  13. Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
  14. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani - Setiausaha    

DIPERAKUKAN  dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4 / 2024 pada 12 Julai 2024.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 139
Semalam 571
Minggu Ini 1492
Bulan Ini 10083

Keseluruhan 3248960

   Masa Capaian : 0.82 saat    Kemaskini :  14/7/2025