• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Hukum Suami Enggan Menunaikan Nafkah Terhadap Isteri Dan Anak-Anak

Hukum Suami Enggan Menunaikan Nafkah Terhadap Isteri Dan Anak-Anak

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-68/2024

5-6 JUN 2024 / 27-28 ZULKAEDAH 1445

                                Bil. 4/68                     TAHUN 2024                                

 

HUKUM SUAMI ENGGAN MENUNAIKAN NAFKAH TERHADAP ISTERI DAN ANAK-ANAK

 

Suami atau bapa yang enggan menunaikan nafkah lalu isteri atau anak mengangkat kes tersebut kepada pihak berkuasa agama dan mahkamah mendapati dia bersalah, maka mahkamah boleh menjatuhkan hukuman yang berat termasuk dirampas hartanya atau disebat atau dipenjara dan dimasukkan dalam kesalahan jenayah.

 

- TAMAT -

KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  5. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
  6. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  8. Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
  9. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  10. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
  11. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
  12. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ismail Lutfi Japakiya
  13. Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
  14. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani - Setiausaha    

DIPERAKUKAN  dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4 / 2024 pada 12 Julai 2024.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 699
Semalam 982
Minggu Ini 2771
Bulan Ini 20667

Keseluruhan 3092960

   Masa Capaian : 0.84 saat    Kemaskini :  09/12/2024