KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-68/2024
5-6 JUN 2024 / 27-28 ZULKAEDAH 1445
Bil. 3/68 TAHUN 2024
Hukum Zakat Wang Tunai (Mal Mustafad) Yang Diperoleh Daripada Pusaka, Wasiat Dan Hibah
Wang tunai (termasuk emas dan perak) yang diperoleh daripada mal mustafad seperti pusaka, wasiat dan hibah (pemberian daripada pihak lain) adalah diwajibkan zakat apabila mencukupi nisab (kadar) dan haul (tempoh).
Bagi sesiapa yang memperoleh mal mustafad, maka perinciannya seperti berikut:
- Dia telah mempunyai wang tunai yang sedia ada yang telah mencukupi nisab, maka dia boleh:
- Menggabungkan wang sedia ada dengan mal mustafadnya untuk membayar zakat dengan kiraan haul wang yang sedia ada,ATAU;
- Tidak menggabungkannya, iaitu dia membayar zakat bagi wang yang sedia ada terlebih dahulu dan menangguhkan zakat mal mustafadnya sehingga mencukupi tempoh haulnya.
- Dia mempunyai wang tunai yang sedia ada tetapi tidak mencukupi nisab, melainkan jika digabung dengan mal mustafadnya, maka hendaklah dia menggabungkannya. Kiraan haul bagi zakatnya bermula pada tarikh ia mencukupi nisab.
- TAMAT -
KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:
- Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
- Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
- Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ismail Lutfi Japakiya
- Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
- Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani - Setiausaha
DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4 / 2024 pada 12 Julai 2024.