• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Fatwa Pertandingan Dan Wang Pertandingan

MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-37/2018
12 September 2018 / 2 Muharam 1440H

FATWA PERTANDINGAN DAN WANG PERTANDINGAN

          Hukum pertandingan adalah harus sekiranya hadiah datang dari pihak ketiga (yang tidak menyertai pertandingan) dan yuran yang dibayar oleh peserta hanya digunakan untuk kepentingan peserta itu sendiri dengan nilai yang setara seperti untuk makan minum dan kos pengurusan yang lain.

          Namun semua pertandingan hendaklah tidak membawa kepada perkara-perkara yang haram atau meninggalkan kewajipan agama seperti pertandingan yang mendedahkan aurat, meninggalkan solat, memperbodohkan akal, menjatuhkan maruah, merosakkan moral, menimbulkan permusuhan, merosakkan alam sekitar dan seumpamanya.

          Adapun penganjuran pertandingan yang membabitkan yuran ke atas peserta untuk dijadikan hadiah sama ada keseluruhan yuran atau sebahagiannya adalah haram kerana wujudnya elemen atau unsur perjudian.

Namun pertandingan yang membabitkan pertaruhan berbayar (yuran pertandingan) atau apa-apa nilai harta adalah diharuskan jika memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Hendaklah tidak bergantung kepada nasib semata-mata yang tidak berasaskan kepada ilmu atau kemahiran yang diiktiraf syarak. Ini seperti pertandingan teka nombor, gores dan menang, pertandingan berat ikan yang dipancing, pertandingan teka pasukan bola yang menang, lempar dadu dan seumpamanya.

  2. Terdapat tidak kurang satu pertiga (1/3) dari peserta (muhallil) yang berkelayakan dan berdaya saing menyertai pertandingan tanpa dikenakan bayaran pertaruhan. Misalnya jika 30 pasukan bola sepak bertanding 10 daripadanya hendaklah dikecualikan dari dikenakan yuran pertandingan.


Jika kedua-dua atau salah satu syarat di atas tidak dipenuhi, maka pertandingan tersebut adalah dilarang.


Diperakukan dalam Mesyuarat
Majlis Agama Islam dan
Adat Istiadat Melayu Perlis
Bil 6/2018 pada 6 Disember 2018.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1021
Semalam 982
Minggu Ini 3093
Bulan Ini 20989

Keseluruhan 3093282

   Masa Capaian : 0.81 saat    Kemaskini :  09/12/2024