• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Kadar Taksiran Zakat Perniagaan Mengikut Jenis Perniagaan

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 59 / 2022

14 - 15 SEPTEMBER 2022 / 17 - 18 SAFAR 1444H

                                           Bil. 1/59                                 TAHUN 2022                                

KADAR TAKSIRAN ZAKAT PERNIAGAAN MENGIKUT JENIS PERNIAGAAN

1.    Harta yang dimiliki untuk tujuan perniagaan (al-tijarah) tertakluk kepada zakat perniagaan sebagaimana yang dipersetujui oleh para fuqaha’. Hawl zakat tersebut bermula dari masa pemilikan harta yang diniatkan untuk tujuan perniagaan. Kadar zakat perniagaan adalah sebanyak 2.5% sekiranya mencapai nisab dan hawl.

2.    Umumnya, terdapat perbezaan formula taksiran zakat terhadap jenis zakat perniagaan kepada tiga kaedah berikut iaitu ;

i)                    Kaedah Modal Kerja: Ia sesuai untuk perniagaan yang berformatkan Syarikat Berhad, Sdn. Bhd., Koperasi, Enterprise, Trading dan seumpamanya di mana terdapat pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.

Ii)                    Kaedah Modal Berkembang: ia sesuai digunakan bagi Institusi Kewangan, Perbankan dan Takaful di mana tiada pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.

IIi)                    Kaedah Untung Rugi: Ia sesuai digunakan bagi jenis perniagaan yang tiada akaun atau penyata kewangan seperti peniaga kecil dan runcit sepert pasar tani, pasar malam, restoran, kedai makan, gerai-gerai makanan dan minuman dan lain-lain perniagaan yang berkaitan.

3.    Formula taksiran zakat bagi kaedah modal kerja adalah seperti berikut :

A. Aset Semasa yang dikenakan zakat  perniagaan

B.  Liabiliti Semasa yang dibenarkan  (Liabiliti Operasi)

1.    Inventori barang jualan yang sedia untuk dijual (Tolak : stok rosak nilai atau lapok)

1.    Pemiutang perniagaan semasa :

i.        Peruntukan (Provisions)

ii.       Pemiutang di bawah kontrak (Contract liabilities)

iii.     Pinjaman/pembiayaan semasa (Borrowings)

iv.     Tanggungan sewaan semasa (Lease liabilities)

v.       Cukai semasa perlu dibayar (Tax payable)

2.    Penghutang perniagaan (selepas ditolak hutang ragu)

2.    Pendapatan / hasil tidak patuh syariah seperti faedah bank

3.   Sekuriti Pelaburan Jangka Pendek

4.    Deposit tetap/akaun pelaburan di bank

5.    Wang tunai syarikat di bank & di tangan

Jumlah aset semasa yang dikenakan zakat  = RM

Jumlah liabiliti semasa yang dibenarkan =  RM

C. Nilai yang dikenakan zakat (A - B) = RM

D. Kadar Zakat: 2.5%

E. % Pemilikan Muslim (contoh:100%)

F. Jumlah Zakat = RM

 

4.    Formula taksiran zakat bagi kaedah modal berkembang adalah seperti berikut :

A. Modal Perniagaan

B.  Aset Tetap dan bukan semasa

1)    Modal perniagaan :

i.       Modal saham (Share capital)

ii.      Rizab (Reserves)

1)    Aset tetap dan aset bukan semasa :

i.      Deposit statutori dengan bank negara (Statutory deposits with Bank Negara)

ii.    Aset cukai tertunda (Deferred tax assets)

iii.   Hak penggunaan aset (Right-of-use assets)

iv.   Pelaburan di dalam subsidari dan syarikat bersekutu (Investments in subsidiaries)

v.    Harta benda dan peralatan (Property and equipment)

b) Liabiliti jangka panjang

2)    Pendapatan / Hasil tidak patuh syariah seperti faedah bank

Jumlah Modal Perniagaan = RM

Jumlah Aset Tetap dan Bukan Semasa = RM

C. Nilai yang dikenakan zakat (A - B) = RM

D. Kadar Zakat: 2.5%

E. % Pemilikan Muslim (contoh:100%)

F. Jumlah Zakat = RM

 

5.    Formula taksiran zakat bagi kaedah peniaga mikro / kecil adalah seperti berikut :

A. Hasil Jualan

B. Belanja Operasi Perniagaan

Hasil jualan perniagaan (cukup nisab)

Kos-kos perniagaan :

i.      Kos jualan

ii.    Kos sewa

iii.   Kos pekerja

iv.   Kos lesen

v.    Cukai tahunan

vi.   Lain-lain

Jumlah hasil jualan = RM

Jumlah belanja operasi perniagaan = RM

C. Nilai yang dikenakan zakat (A - B) = RM

D. Kadar Zakat: 2.5%

E. % Pemilikan Muslim (contoh:100%)

F. Jumlah Zakat = RM

 

6.    Bagi perniagaan yang tidak mempunyai rekod jualan dan perbelanjaan secara tersusun serta semua hasil jualan diguna pakai secara harian dan baki disimpan dalam akaun simpanan individu, maka kaedah pembayaran zakat adalah menurut kaedah zakat simpanan apabila cukup nisab dan haul.

-Tamat -

Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :

  1. YBhg. S.S Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis
  3. Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman
  4. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari bin Mat
  5. Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim
  6. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  7. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
  8. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor
  9. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin bin Jamilin
  10. Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
  11. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  12. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
  13. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin
  14. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha

Diperakukan dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 1 / 2023 pada 26 Januari 2023.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 148
Semalam 571
Minggu Ini 1501
Bulan Ini 10092

Keseluruhan 3248969

   Masa Capaian : 0.82 saat    Kemaskini :  14/7/2025