• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Fatwa Penentuan Hari Raya Al- Adha Dan Puasa Arafah

MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-38/2018
8 – 9 NOVEMBER 2018
30 SAFAR & 1 RABIULAWWAL 1440H

FATWA PENENTUAN HARI RAYA AL- ADHA DAN PUASA ARAFAH

  1. Mana-mana negara yang sama matla’nya hendaklah berhari raya pada tarikh yang sama. Demikian juga penentuan puasa Arafah. Manakala mana-mana negara yang berlainan matla’nya, maka penentuan hari raya berdasarkan keputusan ulil amri kerana ia membabitkan syi’ar menzahirkan kesatuan bersama umat Islam di sesuatu tempat.


  2. Manakala penentuan puasa sunat Arafah merupakan perkara khilaf dalam kalangan ulama. Majoriti para ulama memfatwakan supaya setiap orang mengikut penentuan 9 Zulhijjah di negara masing-masing dan pandangan ini mempunyai alasan-alasan yang kukuh. Namun oleh kerana ia merupakan amalan peribadi, maka seseorang berhak memilih puasa sama ada menurut hari wukuf di Arafah atau berdasarkan hari ke-9 Zulhijjah bagi negara-negara yang berlainan matla’.

    Antara dalilnya :

    Firman Allah SWT :

    يَسْأَلُونَكَ عَنِ الأهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ

    Terjemahannya : Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. (al-Baqarah : 189 )


    Sabda Rasulullah SAW :

    الصَّوْمُ يَوْمَ تَصُومُونَ وَالْفِطْرُ يَوْمَ تُفْطِرُونَ وَالأَضْحَى يَوْمَ تُضَحُّونَ

    Terjemahannya: Puasa ialah hari kamu semua berpuasa, berbuka adalah hari kamu semua berbuka dan Hari Raya Korban adalah hari kamu semua melakukan ibadah korban. (HR al-Imam al-Tirmizi)


  3. Dalam masa yang sama dunia Islam digesa supaya menzahirkan kesatuan dalam penentuan hari-hari penting di dalam Islam.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 389
Semalam 1090
Minggu Ini 1479
Bulan Ini 19375

Keseluruhan 3091668

   Masa Capaian : 0.85 saat    Kemaskini :  09/12/2024