• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Hukum Meninggalkan Solat Jumaat Disebabkan Tugasan

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 50 / 2020

14 Disember 2020 / 28 Rabiul Akhir 1442

Hotel Savana, Kuala Perlis

          Bil. 2/50   TAHUN 2020     

                           

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT DISEBABKAN TUGASAN

 

  1. Solat Jumaat wajib ditunaikan oleh setiap mukalaf yang memenuhi syarat-syarat wajib solat Jumaat. Maka seseorang mukalaf tidak boleh meninggalkan Jumaat tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak.
  1. Termasuk dalam keuzuran meninggalkan Jumaat ialah tugasan kritikal seperti pengawal keselamatan, petugas kesihatan, petugas trafik udara dan darat, anggota tentera, polis, bomba dan penyelamat, dan seumpamanya yang terpaksa bertugas di waktu Jumaat dan tiada pengganti lain yang tidak diwajibkan Jumaat seperti orang bukan muslim, wanita atau orang yang bermusafir.
  1. Seseorang yang tidak menunaikan Jumaat disebabkan keuzuran hendaklah menggantikannya dengan solat Zohor.  
  1. Seorang mukalaf hendaklah berusaha sedaya mungkin untuk menghadiri solat Jumaat. Jika sekiranya dia terpaksa meninggalkan Jumaat disebabkan keuzuran yang dibenarkan, dia hendaklah berusaha mengelakkan daripada meninggalkannya sebanyak tiga kali berturut-turut.

-TAMAT-

 

  Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :

  1. YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
  2. Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman
  3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  5. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
  7. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor
  8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  9. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin
  10. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
  11. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  12. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
  13. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil. 1/2021 pada 26 Januari 2021

 

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 79
Semalam 581
Minggu Ini 79
Bulan Ini 8670

Keseluruhan 3247547

   Masa Capaian : 0.79 saat    Kemaskini :  11/7/2025