KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 50 / 2020
14 Disember 2020 / 28 Rabiul Akhir 1442
Hotel Savana, Kuala Perlis
Bil. 4/50 TAHUN 2020
HUKUM WANITA HAID MASUK KE DALAM MASJID
Isu berkenaan hukum wanita haid masuk ke dalam masjid merupakan masalah khilaf di kalangan para ulama. Berdasarkan penghujahan dalil-dalil serta beberapa pandangan ulama, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis menyimpulkan seperti berikut :
Wanita dalam keadaan haid dibolehkan masuk ke dalam masjid dengan syarat dia dapat menjaga diri dari mencemarkan masjid. Walau bagaimanapun jika tiada sebarang keperluan, maka mengelakkan diri dari memasuki masjid adalah lebih afdal atas khilaf yang berlaku di kalangan ulama.
-TAMAT-
Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :
- YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
- Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman
- Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
- Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin
- Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
- Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha
Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil. 1/2021 pada 26 Januari 2021