KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 50 / 2020
14 Disember 2020 / 28 Rabiul Akhir 1442
Hotel Savana, Kuala Perlis
Bil. 1/50 TAHUN 2020
HUKUM MEMBUAT ATAU MENGGUNAKAN PATUNG YANG BERBENTUK MANUSIA ATAU HAIWAN
Setelah berbincang, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju memutuskan perkara-perkara berikut:
- Membuat atau menggunakan apa-apa patung untuk dipuja, dimulia, dihormati atau diagungkan adalah haram di sisi syarak. Ia boleh membawa kepada syirik. Maka muslim dilarang untuk membuat, menggunakan atau menyimpan patung yang mempunyai unsur-unsur tersebut.
- Adapun membuat atau menggunakan apa-apa bentuk patung yang tidak mempunyai unsur-unsur dipuja, dimuliakan, dihormati atau diagungkan sebaliknya untuk urusan keduniaan seperti permainan, pendidikan, perubatan, siasatan jenayah dan apa sahaja yang tidak mempunyai unsur-unsur pemujaan adalah dibolehkan. Walau bagaimanapun seseorang muslim yang terlibat membuat, menyimpan atau menggunakan patung dengan tujuan yang disebutkan tadi hendaklah berhati-hati agar tidak terbabit dengan unsur-unsur yang boleh membawa kepada syirik (memuja, mengagung, menghormati dan memuliakan).
- Oleh kerana dalam kalangan para fuqaha ada yang mengharamkan membuat patung manusia dan haiwan secara mutlak sekalipun bukan dengan tujuan dipuja, diagung, dihormati atau dimuliakan, maka jika seseorang mampu mengelakkan diri dari terlibat dalam pembikinan atau penggunaan patung haiwan atau manusia, ia adalah sesuatu yang lebih afdal.
-TAMAT-
Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :
- YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
- Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman
- Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
- Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin
- Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
- Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha
Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil. 1/2021 pada 26 Januari 2021