MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE – 32 & 33/2017
20 - 21 Oktober 2017
29 Muharram – 1 Safar 1439H
Maksud Perkataan “Bermastautin”
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju sebulat suara bahawa maksud perkataan bermastautin di dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Perlis 2006 adalah seseorang itu berada di dalam negeri Perlis melebihi lima (5) hari.
Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 7/2017 pada 6 November 2017 bersamaan 17 Safar 1439H.