• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Hukum Jamak Solat Bagi Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia Yang Terlibat Dalam Merawat Pesakit

IRSYAD HUKUM

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS

HUKUM JAMAK SOLAT BAGI PETUGAS KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA YANG TERLIBAT DALAM MERAWAT PESAKIT COVID-19

Bagi staf-staf hospital yang terlibat secara langsung dalam merawat kes-kes covid-19 di hospital diharuskan untuk melakukan solat Jamak tanpa qasar dengan panduan berikut:

  1. Pada asalnya wajib melakukan solat pada waktunya selagi mampu dan haram menjamakkan solat tanpa keperluan yang mendesak atau musafir.
  1. Jika keadaan mendesak dan seseorang mampu untuk melewatkan Zohor atau Maghrib sehingga ke akhir waktu dan solat Asar dan Isyak di awal waktu ia lebih utama. Ini yang dinamakan sebagai jamak suri (jamak pada gambaran sahaja) menurut Mazhab Syafie.
  1. Jika tidak mampu melakukan jamak suri, dibenarkan untuk melakukan solat Jamak sama ada jamak taqdim atau ta’khir bergantung kepada kesesuaian kakitangan yang bertugas.
  1. Ia dilakukan kerana terdesak dan kesukaran yang sememangnya telah berlaku atau dijangka berlaku dengan kepercayaan yang kuat bukan kerana bermudah-mudah dalam agama atau sangkaan tanpa bukti.

Ini berdasarkan hadis riwayat Ibn Abbas yang berkata :

صَلَّى رَسولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا بالمَدِينَةِ، في غيرِ خَوْفٍ، وَلَا سَفَرٍ

Terjemahannya : Nabi pernah solat Zohor dan Asar kesemuanya di Madinah tanpa ada rasa takut dan musafir.

Bila ditanya kenapa baginda melakukan begitu, Ibn Abbas RA menjawab :

أَرَادَ أَنْ لا يُحْرِجَ أَحَدًا مِن أُمَّتِهِ

Terjemahannya : Baginda tidak mahu menyusahkan seseorang daripada umatnya. (HR al-Imam Muslim)

Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada staf Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertungkus-lumus bertugas menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia. Anda wira kami.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 58
Semalam 1090
Minggu Ini 1148
Bulan Ini 19044

Keseluruhan 3091337

   Masa Capaian : 0.88 saat    Kemaskini :  09/12/2024