• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Perayaan Bukan Islam Dalam Konteks Malaysia

 

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA

NEGERI PERLIS KALI KE-29/2017

 

18-19 April 2017 bersamaan 21-22 Rejab 1438h

 

HUKUM PENGLIBATAN ORANG ISLAM DALAM PERAYAAN BUKAN ISLAM DALAM KONTEKS MALAYSIA

 

Melakukan kebaikan kepada golongan bukan Islam oleh orang Islam adalah sesuatu yang dituntut. Walau bagaimanapun, usaha melakukan kebaikan tersebut sama sekali tidak boleh bertentangan dengan akidah.

Menghadiri dan turut serta melakukan upacara perayaan keagamaan bukan Islam adalah tidak dibenarkan kerana ia berkaitan dengan amalan ritual agama bukan Islam ataupun tasyabbuh yang dilarang iaitu menyerupai amalan agama selain Islam.

Menghadiri majlis sambutan ataupun rumah terbuka bukan Islam yang tidak membabitkan upacara ritual agama tersebut dengan Muslim yang hadir itu adalah dibenarkan. Ini jika ada keperluan untuk melakukan hal sedemikian seperti kaum keluarga, jiran tetangga dan kepimpinan masyarakat atas dasar menjaga kemaslahatan atau kepentingan dakwah dengan syarat tidak meredhai kekufuran.

Ucapan selamat bersempena dengan perayaan bukan Islam adalah isu yang menimbulkan perbezaan pandangan ulama. Berdasarkan realiti di Malaysia, adalah diharuskan ucapan selamat kepada bukan Islam jika amalan tersebut menjadi budaya dan bukan lagi amalan keagamaan. Ini dengan syarat ungkapan itu tidak mengandungi maksud kesyirikan atau kekufuran. Keharusan ini tertakluk kepada keperluan seperti menjaga kemaslahatan atau kepentingan dakwah.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 408
Semalam 1090
Minggu Ini 1498
Bulan Ini 19394

Keseluruhan 3091687

   Masa Capaian : 0.83 saat    Kemaskini :  09/12/2024