Wakaf Bertempoh (Mu’aqqat)

Wakaf Bertempoh (Mu’aqqat)

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-75/2025

25-26 OGOS 2025 / 1-2 RABIUL AWWAL 1447

Bil. 3/75 TAHUN 2025

                                                       

 WAKAF BERTEMPOH (MU’AQQAT)

Berdasarkan penelitian terhadap pandangan dan hujah daripada pelbagai sumber, termasuk rujukan klasik dan fatwa kontemporari, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat bahawa wakaf bertempoh (mu'aqqat) adalah dibolehkan. Pendirian ini berpandukan kepada pendapat Mazhab Maliki yang membenarkan amalan wakaf bertempoh. Walaubagaimanapun masjid dan kubur dikecualikan daripada wakaf bertempoh.

Wakaf bertempoh boleh dilakukan untuk aset tidak alih seperti tanah atau bangunan, dengan tempoh wakaf yang ditetapkan. Selepas tempoh tersebut berakhir, aset yang diwakafkan akan kembali kepada pemilik asal atau pewarisnya. Selain itu, wakaf bertempoh juga dibenarkan untuk aset alih seperti wang tunai, saham, atau kenderaan.

Pewakaf berhak menentukan manfaat harta wakaf kepada penerima manfaat tertentu, sama ada secara langsung daripada aset yang diwakafkan atau daripada manfaat yang terhasil daripada aset tersebut contohnya hasil sewaan daripada aset kekal, atau hasil keuntungan daripada pelaburan saham dan wang tunai.

Dalam pelaksanaan wakaf bertempoh ini, pewakaf atau warisnya tidak dibenarkan menarik balik harta wakaf sebelum tempoh yang telah ditentukan berakhir. Pada masa yang sama, pewakaf dibenarkan untuk menukar status wakaf bertempoh kepada wakaf kekal.

Jika pewakaf tidak menyatakan sama ada wakafnya itu bertempoh atau kekal maka wakaf itu dikira sebagai wakaf kekal. Wakaf kekal tidak boleh ditukar menjadi wakaf bertempoh jika akad telah berlaku.

Pihak pengurusan wakaf juga berhak menentukan syarat-syarat dalam menerima hasrat pewakaf bertempoh. Ini bagi mengelakkan salah faham, pertikaian, manipulasi, pembaziran harta dan menjaga kepentingan awam.  

-TAMAT-

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  5. Sahibul Fadhilah Dr. Hj. Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
  6. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  8. Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
  9. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  10. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
  11. Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
  12. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
  13. Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
  14. Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
  15. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5 / 2025 pada 2 Oktober 2025.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 571
Semalam 1073
Minggu Ini 1644
Bulan Ini 35741

Keseluruhan 3415726

   Masa Capaian : 0.81 saat    Kemaskini :  29/12/2025