• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Garis Panduan Pawagam (Cinema)

Garis Panduan Pawagam (Cinema)

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-74/2025

1-2 JULAI 2025 / 5-6 MUHARRAM 1447

                                       Bil. 2/74                                      TAHUN 2025                                

 

GARIS PANDUAN PAWAGAM (CINEMA

1.    Cinema atau panggung wayang gambar termasuk dalam kategori hiburan (lahw). Hasil dari pemerhatian, ia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:

i.              Diharuskan: jika tidak membawa kepada meninggalkan kewajipan agama atau melibatkan diri dengan perkara-perkara yang dilarang. Bahkan boleh menjadi sesuatu yang berpahala jika ia menggalakkan perkara yang disyariatkan dan bertujuan memberi manfaat yang syari‘e kepada penonton.

ii.              Dilarang (haram): jika membawa kepada meninggalkan kewajipan agama atau membabitkan diri dengan perkara yang diharamkan.

A.             Kandungan filem yang ditayangkan. 

B.           Kesan daripada kandungan filem ke atas penonton.

A. Kandungan:

Adapun kandungan yang dilarang itu jika terdapat perkara-perkara berikut;

i.              Mempromosikan atau menggalakkan akidah dan kepercayaan salah yang bertentangan dengan agama. Contohnya pemujaan kubur atau berhala yang digambarkan sebagai sesuatu yang benar atau boleh diterima.

Ii.              Mempromosikan perbuatan menghina Allah dan Rasul atau al-Quran atau Sunnah.

iii.              Mempromosi atau menggalakkan perkara-perkara yang diharamkan seperti seks bebas, arak, judi dan seumpamanya.

B.   Kesan:

Kesan bermaksud apa yang akan terjadi kepada seseorang setelah menonton sesuatu filem, ia mungkin tidak sama antara seorang individu dengan seorang individu yang lain. Jika jelas kesan filem tersebut ke atas penonton bagi salah satu perkara berikut, maka seseorang dilarang menontonnya.

i.              Menimbulkan keraguan atau salah faham terhadap ajaran al-Quran atau sunnah.

ii.              Merangsang diri untuk melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti zina, arak, judi dan seumpamanya.

iii.              Membawa dirinya terpengaruh dengan ajaran yang salah seperti kepercayaan wali atau imam Mahdi yang palsu.

iv.              Mempengaruhi akhlak dan peribadi penonton ke arah keburukan. 

v.              Melalaikan diri sehingga meninggalkan kewajipan yang telah ditetapkan oleh agama.

Jika kesan-kesan ini tidak terdapat ke atas diri penonton seperti seseorang yang menonton untuk membuat kajian atau penilaian maka ia tidak dilarang.

3.    Adapun pawagam atau cinema yang wujud di negara kita ini dibolehkan dengan syarat;

i.              Filem yang ditayangkan tidak mengandungi perkara-perkara yang dilarang seperti mana yang dinyatakan di atas.

ii.              Ia tidak menjadi tempat dikenali sebagai pusat melakukan maksiat.

-TAMAT-

KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  5. Sahibul Fadhilah Dr. Hj. Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
  6. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  7. Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
  8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  9. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
  10. Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
  11. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
  12. Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
  13. Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
  14. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4 / 2025 pada 15 Julai 2025.

 

 

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 54
Semalam 632
Minggu Ini 4467
Bulan Ini 21180

Keseluruhan 3304092

   Masa Capaian : 1.48 saat    Kemaskini :  26/9/2025