KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-74/2025
1-2 JULAI 2025 / 5-6 MUHARRAM 1447
Bil. 5/74 TAHUN 2025
HUKUM PEMBEKUAN SEL SPERMA DAN OVUM SUAMI ISTERI UNTUK TUJUAN MENDAPATKAN ZURIAT
Hukum pembekuan sel sperma dan ovum daripada individu, sama ada sebelum atau selepas berkahwin untuk dimasukkan ke dalam rahim isteri yang sah semasa tempoh perkahwinan dengan tujuan untuk mendapatkan zuriat adalah dibenarkan, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
i. Mendapat pengesahan pakar bahawa ia adalah cara yang berkesan untuk mendapatkan zuriat dan mempunyai keperluan untuk melakukannya.
ii. Proses persenyawaan dan kemasukan ke dalam rahim berlaku semasa dalam tempoh perkahwinan yang sah dan semasa hayat pasangan, bukan sebelum atau selepas tamat tempoh perkahwinan atau kematian.
iii. Kepastian yang yakin bahawa sperma dan ovum dari pasangan yang sah bukan sekadar sangkaan. Ini dilakukan dengan merujuk kepada proses kenal pasti yang sah.
iv. Setiap kali proses kemasukan sel gamet yang telah disenyawakan ke dalam rahim isteri hendaklah dengan persetujuan suami dan isteri.
-TAMAT-
KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:
- Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Dr. Hj. Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
- Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
- Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha
DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4 / 2025 pada 15 Julai 2025.