KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-74/2025
1-2 JULAI 2025 / 5-6 MUHARRAM 1447
Bil. 3/74 TAHUN 2025
PENENTUAN MAKSUD QURU’ (قروء) BAGI TEMPOH IDDAH
- Maksud perkataan quru’ (قروء) dalam al-Quran menimbulkan perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Kedua-dua pihak telah mendatangkan dalil.
- Pendapat yang menyatakan quru’ (قروء) itu haid atau suci, kedua-duanya adalah muktabar.
- Setelah menimbang kemaslahatan dalam konteks perlaksanaan hukum-hakam munakahat di negeri Perlis, Jawatankuasa Fatwa memutuskan perkataan quru’ (قروء) dalam perundangan Perlis bermaksud suci.
- Jika seseorang mentalakkan isterinya semasa suci sama ada secara sunnah (tidak menyetubuhi isterinya ketika suci tersebut) atau secara bid‘ie, (menyetubuhi isterinya semasa suci tersebut), maka talaknya jatuh.
- Kiraan bilangan suci itu bermula dari suci yang dia talakkan isterinya. Ini bererti tamatnya iddah dengan datangnya haid yang ketiga.
- Hendaklah seorang suami itu tahu bahawa hukum mentalakkan isteri semasa haid atau semasa suci tetapi dia telah menyetubuhinya adalah haram (berdosa).
-TAMAT-
KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:
- Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Dr. Hj. Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
- Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
- Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha
DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4 / 2025 pada 15 Julai 2025.