MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-32 & 33//2017
TARIKH: 20 - 21 Oktober 2017 / 29 Muharram- 1 Safar 1439H
Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Wang KWSP setelah dikeluarkan oleh pencarum diwajibkan zakat setelah mencukupi haul. Kadar ditunaikan zakat adalah sebanyak 2.5 % dari jumlah semasa hari haul berakhir jika jumlah yang berbaki mencapai had nisab.
Jika disegerakan pembayaran sebelum sempurna haul maka dibolehkan. Adapun kadar pembayaran berdasarkan kepada jumlah terakhir semasa mencukupi haul.
Wang KWSP boleh difaraidkan setelah diselesaikan urusan jenazah, hutang dan wasiat.
KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:
- Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
- Sahibul Fadhilah Senator Dato" Dr. Johari bin Mat
- Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Profesor Madya Dr. Mohd Radzi bin Haji Othman
- Sahibul Fadhilah Dato' Alim Setia Ahmad bin Jusoh
- Sahibul Fadhilah Ustaz Abdul Hadi bin Haji Osman
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
- Sahibul Fadhilah Dr. haji Zaharuddin bin Haji Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Najib bin Abdullah
- Sahibul Fadhilah Profesor Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramli
- Sahibul Fadhilah Tuan Haji Roslan bin Esa - Timbalan Mufti Negeri Perlis
- Ustazah Nafizah binti Abd Halim – Setiausaha
Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil. 7/2017 pada 6 November 2017 bersamaan 17 Safar 1439H