• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Hukum Menghormati Jenazah Bukan Muslim

Hukum Menghormati Jenazah Bukan Muslim

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-73/2025

27-28 APRIL 2025 / 28-29 SYAWAL 1446

                                 Bil. 1/73                           TAHUN 2025                                

 

HUKUM MENGHORMATI JENAZAH BUKAN MUSLIM

          Pada asalnya menghormati jenazah sama ada muslim atau bukan muslim merupakan tuntutan dalam agama. Maka, seorang muslim boleh menghormati jenazah bukan muslim tanpa melakukan ritual agama lain.

          Seorang muslim juga boleh hadir memberi penghormatan kepada jenazah bukan muslim jika ada maslahah atau keperluan untuk hal itu dilakukan seperti jenazah keluarga, atau pemimpin masyarakat. Penghormatan yang diizinkan untuk dilakukan kepada jenazah bukan muslim itu adalah merujuk kepada uruf sesuatu masyarakat tanpa dikaitkan dengan agama atau apa-apa kepercayaan yang tidak berasas. Maka penghormatan kepada jenazah mengikut adat kemanusiaan seperti berdiri, atau diam ketika di hadapan jenazah atau berhenti pergerakan kenderaan dan seumpamanya adalah dibolehkan. Namun jika penghormatan itu disertai dengan iktikad tertentu seperti mayat itu mendapat rahmat atau bergembira atau beruntung dengan perbuatan tertentu, atau bimbangkan badi atau sial atau malang, maka adalah haram dilakukan dan boleh menjejaskan akidah jika beriktikad dengan iktikad yang mengiktiraf kekufuran.

          Seorang muslim yang menghadiri upacara jenazah bukan muslim atas keperluan tertentu hendaklah memastikan dirinya tidak terlibat melakukan ritual atau kepercayaan yang tidak diiktiraf oleh Islam. Dia juga hendaklah mengelakkan tasyabbuh iaitu menyerupai amalan agama lain ketika berada dalam majlis tersebut.

          Menghormati jenazah sama ada muslim atau bukan muslim adalah suatu yang dijaga oleh syariat.

- TAMAT -

 

KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  4. Sahibul Fadhilah Dr. Hj. Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
  5. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  6. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  8. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
  9. Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
  10. Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
  11. Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
  12. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4 / 2025 pada 15 Julai 2025.

 

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 54
Semalam 632
Minggu Ini 4467
Bulan Ini 21180

Keseluruhan 3304092

   Masa Capaian : 1.39 saat    Kemaskini :  26/9/2025