KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-73/2025
27-28 APRIL 2025 / 28-29 SYAWAL 1446
Bil. 3/73 TAHUN 2025
KEWAJIPAN JIHAD MELAWAN GENOSID KE ATAS RAKYAT PALESTIN
Dalam keadaan umat Islam di Palestin khususnya di Gaza yang sedang dibunuh secara besar-besaran (Genosid) oleh rejim zionis Israel, maka menjadi kewajipan kerajaan-kerajaan umat Islam melakukan hal-hal berikut:
- Memudah carakan umat Islam untuk membela dan mempertahankan Palestin.
- Negara-negara sempadan wajib membantu dan memudah carakan segala bantuan kepada rakyat Palestin demi membela dan mempertahankan mereka.
- Menjadi kewajipan kerajaan-kerajaan orang Islam bekerjasama mempertahankan umat Islam dengan segala keupayaan yang ada termasuk bantuan ketenteraan dan persenjataan.
- TAMAT -
KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:
- Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Dr. Hj. Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
- Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
- Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha
DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 3 / 2025 pada 26 Mei 2025.